Thursday, January 17, 2013

Pertukaran Guru Besar & GPK kuatkuasa 1 Jan 2013

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah dengan kerjasama Unit Naik Pangkat dalam Tahun 2013 akan melaksanakan dasar pertukaran dan urusan penempatan naik pangkat bagi Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sebagaimana berikut:
  1. Tarikh  pertukaran dan penempatan (pengisian dan penawaran ) pada setiap 1hb dan 16hb kecuali pada bulan Disember 
  2. Guru Besar dan GPK yang ingin bertukar sama ada di dalam daerah, antara daerah dan antara negeri boleh memohon menggunakan borang khas bagi kategori tertentu yang boleh dimuatturun pada menu sebelah kiri bawah blog ini
  3. Semua borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar / PPD dan dipanjangkan ke JPN (Unit Sekolah Rendah) untuk urusan seterusnya dan permohonan boleh dibuat bila-bila masa dan BUKAN melalui e-gtukar.
  4. Cadangan pertukaran Guru Besar dan GPK oleh PPD hendaklah menggunakan format sepadu khas dan dilulus oleh Panel PPD dan kemudian dihantar ke Unit Sekolah Rendah dua minggu dari tarikh kuatkuasa dan sebulan bagi kategori Guru Besar Cemerlang.
  5. Panel JPN akan mempertimbang setiap permohonan sama ada dari PPD dan penyandang terbabit atas faktor  kekosongan, kesesuaian dan kepentingan perkhidmatan dan kebajikan.
  6. Calon-calon urusan Naik Pangkat Guru Besar 2013 diputuskan oleh BPSM berdasarkan calon simpanan yang ada berasaskan permohonan 2012 sehingga bulan Jun 2013. Bermula Julai 2013 senarai pemangkuan yang diiklan pada masa terdekat.
  7. Sementara calon GPK 2013, 80%  berasaskan calon yang lulus tapisan Panel Pemilih JPN pada 2012 dan hanya yang berada pada Gred DGA32 KUP sahaja. Mana-mana calon GPK yang diluluskan tetapi telah memperolehi DGA34 (KUP) atau telah dilantik ke DG41 terbatal secara automatik. Manakala 20% akan diisi oleh calon DGA29 ke DGA32 yang akan diiklan dalam masa terdekat.
  8. Penawaran jawatan naik pangkat Guru Besar dan GPK berasaskan kekosongan, ranking dan kesesuaian dan kepentingan perkhidmatan.
Senarai lengkap pertukaran  Guru Besar dan GPK 1 Jan 2013. KLIK


No comments:

Post a Comment