Tuesday, January 29, 2013

Tawaran DG41 kepada PJJ Siri 7.

Tahniah dan alhamdulillah Jabatan Pelajaran Negeri menerima 10 orang lagi guru-guru PJJ yang ditawarkan ke DG41. Masuk terkini kita sudah kategorikan kepada 7 siri atau Siri 7.

Sukacita kami mengingatkan  kepada guru-guru yang menerima naik pangkat atau dilantik memegang jawatan hakiki terkemudian dari tarikh tawaran DG41 agar membuat keputusan bijak yang menguntungkan diri sendiri. Antara beberapa cara penyelesaian yang boleh dibuat adalah sebagai mana berikut:

  1. Menerima tawaran lantikan DG41 dengan meletak jawatan hakiki atau menolak naik pangkat terkini; atau
  2. Menolak tawaran lantikan DG41, kekal atas jawatan hakiki atau gred naik pangkat terakhir dan memohon semula DG41 dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran; atau
  3. Menerima tawaran DG41 dengan mengemukankan surat rayuan agar tarikh pelantikan DG41 dipinda lewat 15 hari atau sebulan dari tarikh pelantikan jawatan hakiki atau tarikh kuatkuasa naik pangkat yang terkini.
Berdasarkan rakan-rakan terdahulu yang berada dalam situasi ini mereka telah dinasihatkan oleh SPP agar menerima DG41 dan menyertakan surat rayuan kepada SPP semasa penghantaran pakej untuk SPP pertimbangkan pindaan tarikh yang anda sendiri cadangkan agar anda boleh kekal berada dalam jawatan hakiki atau gred naik pangkat terakhir dan sekaligus kemudiannya menikmati  DG41

Jika anda memerlukan pertanyaan, penjelasan dan rayuan anda hendaklah berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran kerana kuasa melantik DG41 terletak di bawah bidang kuasa mereka. Rayuan seelok-elok dibuat secara individu.

Penyelesaian cara 1 dan 2 adalah biasa dilakukan pada masa terdahulu tetapi cara 3 sudah ada GPK  yang mohon pindaan pelantikan  DG41 telah diluluskan oleh SPP. Ini bermakna mereka boleh kekal di atas jawatan GPK / Guru Besar dan sekaligus menikmati DG41. Ramai lagi yang sedang menunggu keputusan. 

Surat-surat tawaran boleh diperolehi mulai sekarang di USR, JPN Terengganu.Sila tanya  Pn. Bibah Bibi ditalian 09-6213390 di Unit Sekolah Rendah sebelum datang ke Unit Sekolah Rendah.

Senarai lengkap PJJ Siri 7. KLIK



5 comments:

  1. Salam...Tarikh saya setahun lewat daripada rakan sekelas...semua rakan saya tamat pengajian dan temuduga bersama dapat tarikh 2 Oktober 2010...tapai saya dapat 1 Disember 2011..apa tindakan saya!

    ReplyDelete
  2. Hubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk maklumat lanjut. Sebarang permohonan atau rayuan yang menggunakan surat buat secara individu jangan dicampur beberapa orang yang boleh menyebabkan keciciran dan sebagainya

    ReplyDelete
  3. jika tarikh permohonan adlh 26.11.2010 apakah tarikh perlantikan yg sepaptutnya, memandang tarikh perlantikan yg diberi oleh spp ilah 1.12.2011

    ReplyDelete
  4. permohonan 26.11.2010 sepatutnya ikut kelulusan senat. samada bulan 11 ke 12 ikut le. Jika di sini mungkin 1.12.2010.
    Jika mohon bulan 1 .2011 akan lantik 2011

    ReplyDelete
  5. permohonan 26.11.2010 sepatutnya ikut kelulusan senat. samada bulan 11 ke 12 ikut le. Jika di sini mungkin 1.12.2010.
    Jika mohon bulan 1 .2011 akan lantik 2011

    ReplyDelete