PARIS - Asteroid yang dipercayai
menimbulkan amaran kecil untuk berlanggar dengan bumi abad ini adalah 20
peratus lebih besar daripada jangkaan awal banyak pihak.
Agensi Angkasa Eropah (ESA) dalam
satu kenyataan berkata, teleskop Herschel telah mengimbas sebutir batu angkasa
yang digelar 99942 Apophis minggu lalu ketika ia sedang menghala menuju ke
bumi.
Bacaan diameter sebelum ini
mengandaikan asteroid itu mempunyai diameter 270 meter adalah tidak benar
kerana pemerhatian terbaru Herschel mendapati diameter batu angkasa itu adalah
325 meter. – AFP
Sumber: http://www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment