KUALA TERENGGANU - Seramai lapan belas orang guru kontrak Bahasa Inggeris di bawah MBMMBI yang berumur kurang dari 65 tahun serta mempunyai prestasi yang baik menerima surat menyambung khidmat setahun lagi. Mereka ini ada yang telah berkhidmat dari tahun 2011 lagi.
Majlis penyampaian surat lantikan semula ini disampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Zakariah bin Ali di Bilik Mesyuarat Alamanda , JPN Terengganu. Turut hadir ialah En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah.
Sebelum itu En. Jelani Sulong telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan asas pelantikan guru kontrak dan syarat-syaratnnya. Beliau berharap guru-guru kontrak dapat membantu sekolah khususnya dalan penguasaan Bahasa Inggeris murid.
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah pula dalam ucapannya berharap para guru kontrak Bahasa Inggeris dapat membantu memenuhi aspirasi murid dalam PPPM berkaitan penguasaan dwibahasa. Beliau juga meminta para guru kontrak selaku insan berpengalaman dapat membina nilai dalam diri pelajar. Tegas beliau dalam kehidupan ada benda tidak nampak tetapi memainkan peranan sangat penting seperti akar pokok yang tersembunyi di dalam tanah dapat menegakkan pokok,semangat dan nilai daya juang tinggi menyebabkan murid tidak berputus asa dan sebagainya.
Jabatan akan mengadakan pertemuan antara Guru Besar, Pembantu Tadbir Kewangan Sekolah, Pembantu Akauntan PPD dan pegawai dari perkhidmatan dan kewangan jabatan bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit berkaitan gaji,cuti dan sebagainya lagi berhubung guru kontrak BI dalam masa terdekat.
Selain dari itu, 17 kuota tambahan guru kontrak Bahasa Inggeris masih diperlukan lagi. Iklan tawaran jawatan itu telah dibuka dan akan ditutup pada 15 Januari 2013. Semoga ada lagi pesara guru opsyen Bahasa Inggeris yang berminat untuk menyumbang dan berbakti.
No comments:
Post a Comment