Sunday, January 20, 2013

Taklimat dan penyampaian surat penempatan sekolah Guru Dalam Latihan j-Qaf Mod LPBS

KUALA TERENGGANU - Hari ini merupakan siri ketiga untuk menempatkan Guru Dalam Latihan j-Qaf Mod Latihan LPBS bagi tahun 2013. Hari ini lima belas lagi pelatih j-Qaf diberi surat penempatan latihan menjadikan jumlah semua yang ditempatkan pada tahun 2013 setakat ini ialah  179 telah menerima tawaran daripada 194 tempat yang ditawarkan

Penolong Pengarah j-Qaf Jabatan Pelajaran Terengganu , En. Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh telah memberi pendedahan terperinci dasar dan konsep j-Qaf kepada para pelatih. Taklimat hari ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu, JPN Terengganu. Beliu juga berharap para pelatih dapat memainkan peranan dan tahu menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran serta budaya sekolah.

Sementara itu, Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani Sulong dalam taklimatnya mengingatkan para pelatih bersyukur kerana sebahagian dari proses ke jawatan tetap perkhidmatan awam telah ada dalam genggam. Jika mereka mematuhi segala peraturan dan prasyarat guru j-Qaf bakal menerima pelantikan tetap dalam perkhidmatan awam yang memberi jaminan sepanjang hidup bahkan selepas matipun.

Upacara penyampaian surat lantikan berkenaan telah disempurnakan oleh En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah. Sebelumnya beliau mengingatkan agar para pelatih memperbetulkan niat sebenar agar mereka ikhlas dan positif untuk menjadi guru j-Qaf bagi mendidik anak-anak memahami masalah jawi, Al-Quran dan fardu ain.. Tanggungjawab ini sangat besar kerana mengikut beliau kesilapan akan menghancurkan masa depan anak bangsa.


No comments:

Post a Comment