Sunday, January 13, 2013

Taklimat dan penyampaian surat penempatan pelatih j-QAF

KUALA TERENGGANU - Seramai 87 orang daripada 96 orang calon gantian DPLI-SR j-QAF Mod Latihan Berasaskan Sekolah  menerima surat penempatan sekolah masing-masing pada petang ini. Penyerahan surat berkenaan telah disempurnakan oleh En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah di dewan SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu.

Sebelum itu dalam ucapan ringkasnya Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mengingatkan guru-guru pelatih berkenaan supaya dapat menunjukkan contoh dan penghayatan sesuai dengan status mereka sebagai bakal guru j-Qaf. Mereka perlu melaksanakan amanah memberi pendidikan jawi, al-Quran dan fardu-ain dengan sebaik mungkin.

Majlis yang turut dihadiri Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD seluruh negeri ini juga telah didedahkan dengan terperinci objektif program j-Qaf oleh Ustaz Wan Mohd Hasbi bin Wan Jusoh, Penolong Pengarah j-Qaf, JPN Terengganu. Sementara En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah telah menyampaikan taklimat berkaitan status pelatih j-Qaf, hak dan sekatan serta persediaan bagi menjalani Latihan Berasaskan Sekolah ini.

Kita berharap para pelatih j-Qaf yang terpilih mengikuti latihan ini bersyukur dan bersedia menerima cabaran sebagai guru j-Qaf dan membuktikan mereka antara yang terbaik. Usah diulang tragedi yang menimpa seglintir rakan mereka yang sebelum ini dengan melepaskan peluang keemasan menjadi pegawai awam justru tidak cekal dan sabar.


0 ulasan:

Post a Comment