Wednesday, January 2, 2013

Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan SK Seri Jaya, Kemaman.


KEMAMAN - SK Seri Jaya, Kemaman telah mula beroperasi pada 1 Januari 2013. Bagaimanapun satu mesyuarat penyelarasan pembukaan sekolah baru SK Seri Jaya telah diadakan pada hari ini bagi mengenalpasti isu dan masalah agar pengoperasian sekolah berjalan lancar dan sempurna. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh En.Zakaria Husin, Pengarah Pelajaran Terengganu yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, SK Seri Jaya, Kemaman.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Sektor ICT, PPD Kemaman dan pegawai-pegawai dari berbagai sektor JPN, PPD Kemaman serta semua guru SK Seri Jaya.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah telah membentangkan Panduan Pengoperasian Sekolah Baru sebagai bahan semakan untuk melihat status pelaksanaan sesuatu item. Jika ada perkara belum jelas dan keperluan segera ianya telah dibincang secara semerta untuk diselesaikan. Maklumbalas daripada Pengurusan Sekolah sangat baik dan sebahagian besar item telah dan sedang dilaksanakan.Guru Penolong Kanan Pentadbiran, GPK Hem dan GPK Kokurikulum telah dilantik sebulan lepas selaku caretaker dan mereka telah melaksanakan tugas dengan baik sekali. Guru Besar sekolah ini masih dalam proses pengisian.

Sementara itu laporan daripada Pengurusan Sekolah, kedudukan guru terkini ialah 18 orang dan mencukupi berasaskan ABM Perjawatan. Kelas yang dibuka dari Tahun 2 hingga Tahun 5 dengan sepuluh kelas beroperasi bersamaan dengan kesuluruhan murid seramai 310 orang. Pihak sekolah disaran menyedia tagline sebagai sumber inspirasi warga sekolah serta membina ketrampilan awal daripada guru hingga kepada murid.

Selain dari itu, pihak  jabatan akan membantu menyelesaikan isu padang dan pengadang untuk bola dan line internet di pejabat yang dibangkitkan sekolah dengan secepat mungkin. Selain dari itu pihak sekolah boleh sediakan satu bilik buku teks dan permohonan bekalan 2014 pihak SK Seri Jaya perlu membuat permohonan sendiri kerana buku yang ada sekarang dibawa dari sekolah lama.Sementara grill dan bekalan untuk makmal komputer akan diurus oleh jabatan.

Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada guru-guru generasi perintis sekolah dan pemilihan mereka diteliti oleh PPD Kemaman. Guru-guru yang diamanahkan ke SK Seri Jaya mempunyai tanggungjawab besar membangunkan pendidikan anak-anak sekitar. Beliau percaya dan yakin dengan kebolehan dan pengalaman yang guru-guru ada untuk membangun kecemerlangan pendidikan SK Seri Jaya.

Beliau juga berharap murid-murid yang baru dan sekolah baru dapat dibina budaya baru dengan serious dan bersungguh-sungguh. Beliau mahu semua guru dan seluruh warga SK Seri Jaya agar berkerjasama dan bersepakat bagi membina sekolah ini dalam semua bidang agar menjadi institusi yang hebat dan terbilang.

Kita sangat yakin bahawa jika semua warga SK Seri Jaya mempunyai iltizam, dayausaha, pengorbanan dan keikhlasan SK Seri Jaya bakal muncul sebagai ikon atau mercutanda baru keterbilangan pendidikan daerah, negeri dan negara.


No comments:

Post a Comment