Friday, January 11, 2013

Guru Dan Pelajar Diberi Amaran Jangan Sertai Perhimpunan



BATU PAHAT, 11 Jan (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi Jumaat memberi amaran kepada guru dan pelajar sekolah supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran pembangkang di ibu negara esok.

Menurutnya kementerian tidak mahu golongan pendidik atau pelajar sekolah membawa contoh yang tidak baik, seterusnya menjadi ikutan pelajar lain.

Puad berkata oleh itu, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan susulan jika ada di kalangan guru atau pelajar yang ditahan polis dan dihadap ke mahkamah kerana terlibat dengan perhimpunan itu.

"Guru-guru sudah tentu sedia maklum tentang peraturan dan etika yang digariskan kementerian yang mesti dipatuhi mereka sebagai golongan pendidik, jadi kami nasihatkan mereka supaya tidak mengambil risiko.

"Selain itu, kementerian juga tidak mahu profesion perguruan dicemari apabila mereka menjadi peserta perhimpunan yang ganas dengan menentang pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Perhubungan Zon Senggarang di sini Jumaat.

Beliau berkata guru dan pelajar sekolah langsung tidak mempunyai kepentingan untuk terlibat dengan perhimpunan itu kerana ia bermotifkan kepentingan politik inidividu semata-mata.

-- BERNAMA


No comments:

Post a Comment