Sayidina Abu
Bakar Al-Siddik mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada
pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah
membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Sayidina Abu Bakar. Hambanya
berkata, "Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa,
tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?"
Sayidina Abu Bakar
menjawab, "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah
kepada aku di mana kamu mendapat makanan ini ?" Hamba menjawab,
"Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku
tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka
berjanji membayarnya apabila sahaja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka
hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."
Mendengar kata-kata hambanya, Sayidina Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku." Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar. Kata seorang pemerhati, "Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang sedikit."
"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

No comments:
Post a Comment