Sunday, January 20, 2013

Surat Tawaran Pelantikan DG41 Program PJJ Siri 6

Tahniah dan alhamdulillah Jabatan Pelajaran Negeri menerima 10 orang lagi guru-guru PJJ yang ditawarkan ke DG41. Ini adalah siri keenam tawaran berkenaan dibuat. Uniknya semua sepuluh orang ini semuanya perempuan dan tidak melibatkan penyandang mana-mana jawatan hakiki..

Sukacita kami mengingatkan  kepada guru-guru yang menerima naik pangkat atau dilantik memegang jawatan hakiki terkemudian dari tarikh tawaran DG41 agar membuat keputusan bijak yang menguntungkan diri sendiri. Berdasarkan rakan-rakan terdahulu yang berada dalam situasi ini mereka telah dinasihatkan oleh SPP agar menerima DG41 dan menyertakan surat rayuan kepada SPP semasa penghantaran pakej untuk SPP pertimbangkan pindaan tarikh yang anda sendiri cadangkan agar anda boleh kekal berada dalam jawatan hakiki atau gred naik pangkat terakhir dan sekaligus kemudiannya menikmati  DG41

Jika anda memerlukan pertanyaan, penjelasan dan rayuan anda hendaklah berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran kerana kuasa melantik DG41 terletak di bawah bidang kuasa mereka. Rayuan seelok-elok dibuat secara individu.


Cerita terbaharu yang kami dengar sudah ada GPK  yang mohon pindaan pelantikan  DG41 telah diluluskan oleh SPP. Ini bermakna mereka boleh kekal di atas jawatan GPK dan sekaligus menikmati DG41.

Surat-surat tawaran boleh diperolehi mulai sekarang di USR, JPN Terengganu
.Sila tanya  Pn. Bibah Bibi ditalian 09-6213390 di Unit Sekolah Rendah sebelum datang ke Unit Sekolah Rendah.


Senarai Penuh PJJ Siri 6. KLIK



No comments:

Post a Comment