Wednesday, January 23, 2013

Mesyuarat Profesional Bersama MGB Terengganu Kali 1/2013

KEMAMAN - Mesyuarat Profesional USR bersama MGB Terengganu kali pertama tahun  2013 telah diadakan di SK Kampung Baharu, Kerteh, Kemaman pada pagi ini. Ketua Unit Sekolah Rendah, Penyelia Kanan Unit Rendah dan semua Jawatankuasa MGB Negeri Terengganu telah hadir.

Mesyuarat Profesional ini adalah kesinambungan tradisi pengurusan antara Unit Sekolah Rendah dengan MGB Negeri bagi menyelesai berbagai isu pengurusan sekolah di samping membina muafakat antara jabatan dengan sekolah bagi mempertingkatkan kualiti,hubungan dan kerjasama demi kecemerlangan pendidikan.

Ketua Unit Sekolah Rendah dalam ucapannya menyentuh pelbagai perkara seperti perjawatan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan sebagainya. Antara perkara yang difokus berkaitan kecepatan, ketepatan dan kecekapan dalam pengurusan pelbagai data secara online. Beliau berharap kepada Guru Besar sebagai  pengurus sekolah perlu sentiasa peka dengan keperluan data ini. Tegas beliau bukan sahaja pihak lain boleh memantau terus data sekolah tetapi juga sekolah perlu update data-data dengan tepat dan segera. Jika data tidak lengkap ianya akan mengganggu urusan-urusan lain berkaitan keperluan data ini.

Selain dari itu, beliau berharap MGB Negeri dan MGB Daerah dapat memainkan peranan untuk membantu rakan-rakan di peringkat daerah masing-masing bagi mempertingkatkan pengurusan sekolah seperti kewangan dan lain-lain lagi.

Di majlis yang sama MGB Terengganu yang diwakili Ketua Unit Sekolah Rendah turut menyampaikan sumbangan kepada Allahyarham Abd. Razak bin  Mamat, Guru Besar SK Ketengah Jaya dan Allahyarham Mustaffar bin Abdullah, Guru Besar , SK Cheneh Baru yang di wakili En. Amran, Guru Besar SK Kampung Baru, Kerteh yang juga Pengerusi MGB Daerah Kemaman.

Sesungguhnya mesyuarat ini mampu menjadi platform untuk menyelesai dan mencadang idea-idea terbaik untuk dikongsikan. Kita yakin wacana dan percambahan idea-idea secara profesional mampu memberi impak kepada peningkatan prestasi pengurusan keseluruhannya.


No comments:

Post a Comment