Thursday, January 31, 2013

Pemantauan SK Medan Jaya, Marang

MARANG - Pagi ini saya dan Ketua Unit Sekolah Rendah sempat memantau perjalanan SK Medan Jaya, Marang . Penyeliaan ini adalah rutin yang dijadualkan oleh Unit Sekolah Rendah dengan berfokus untuk membantu sekolah-sekolah yang dikenalpasti khas untuk dibantu.

SK Medan Jaya walaupun cantik dan molek namun jumlah muridnya agak kecil yakni lebih kurang 186 orang. Mungkin lokasinyakah agak jauh ke belakang atau kerana prestasi UPSR kurang memberangsangkan menyebabkan ia tidak mampu menarik ibubapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah ini? Kemungkinan-kemungkinan itu ada. Namun kita amat yakin jika sesebuah sekolah mampu mengujudkan "kemenjadian murid" yang hebat dan menyeluruh rasanya ibubapa akan sedia berkompromi dengan sedikit susah payah untuk kepentingan anak-anak mereka.

Inilah cabaran yang harus disedari oleh warga SK Medan Jaya. Rasanya semua aspek pengurusan berada pada tahap terbaik. Namun semuanya itu tidak ada makna jika guru peringkat pelaksana tiada mempunyai iltizam, dan semangat tinggi untuk mencipta kejayaan.

Kita sangat yakin input-input yang ada berpotensi untuk dipugar menjadi sesuatu yang hebat dan luar biasa. Kerja-kerja membangun keterbilangan pendidikan adalah kerja-kerja secara kolektif dengan menggunakan kemahiran dan kepakaran yang sedia ada. SK Medan Jaya boleh lakukan. Buktikan bahawa SK Medan Jaya sememangnya hebat dan mampu.

2 comments:

  1. Salam,

    Insya Allah kami warga kerja SK Medan Jaya akan berusaha dengan lebih gigih demi kecemerlangan UPSR 2013.

    Sejarah Bola Sepak Final 2011 antara Terengganu dan Kelantan menyaksikan anak Medan Jaya, Rusila (Ahmad Nordin Alias) menjadi wira kemenangan gol 2-1.

    Di atas semangat juang anak Medan Jaya ini, Insya Allah SK Medan Jaya menuju ke "Medan Yang Berjaya"

    Wassalam...

    Blogger Team (2013)
    SK Medan Jaya
    Marang, Terengganu

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas kejayaan SK Medan Jaya melahirkan wira
    bolasepak Negeri Terengganu

    kepada warga SK Medan Jaya jangan berputus asa,teruskan usaha kalian,istiqamah insyaAllah kejayaan akan tiba jua

    khuza..dungun

    ReplyDelete