Monday, January 21, 2013

Elaun Kesukaran Untuk Guru Bertugas Di Pedalaman, Kampung Orang Asli



 Guru SK Balar, Gua Musang

GUA MUSANG, 21 Jan (Bernama) -- Elaun kesukaran bagi setiap guru yang mengajar di sekolah pedalaman Hulu Kelantan khususnya di perkampungan Orang Asli masih dikekalkan dengan kadar RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPNK) Zahari Daud berkata kadar ditetapkan Kementerian Pelajaran itu mengikut jarak dan kesukaran laluan bagi setiap guru terbabit untuk mengajar di sekolah berkenaan.

"Elaun khusus itu bagi memberi perangsang kepada guru untuk terus berkhidmat di sekolah pedalaman terutama bagi memberi pendidikan lebih sempurna dan cemerlang kepada anak Orang Asli," katanya kepada pemberita selepas perasmian program Praktikum Sekolah Kebangsaan Asli 2013, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Lah di sini hari ini.

Perasmian dilakukan Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, Hashim Deraman.

Seramai 31 guru pelatih yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda IPG pertama dihantar ke lapan sekolah rendah di perkampungan Orang Asli bagi menjalani praktikal sebelum dilantik sebagai guru tetap.

Zahari berkata, Daerah Gua Musang mempunyai 11 sekolah rendah di perkampungan Orang Asli manakala sebuah sekolah di Sungai Rual, Jeli membabitkan keseluruhan 205 guru yang layak mendapat elaun kesukaran tersebut.

Beliau berkata, kategori guru yang paling layak mendapat elaun RM1,500 sebulan itu adalah dalam kalangan mereka yang mengajar di tiga sekolah paling jauh dan menghadapi pelbagai kesukaran perjalanan iaitu SK Balar, Bihai dan SK Sri Permai.

"Mereka yang mengajar di sekolah berkenaan mendapat kepercayaan penuh daripada jabatan dan kementerian kerana kemampuan memberi pendidikan kepada anak Orang Asli yang masih dikategorikan lemah.

"Bagaimanapun, kita mengharapkan dengan adannya guru pelatih yang melakukan praktikal di sekolah terbabit mampu membawa kemajuan dan kecemerlangan selepas ini," katanya.

-- BERNAMA


11 comments:

  1. Nilai Pengorbanan Guru Pendalaman Lagi Tinggi Dari Nilai Elauan Yang diberi, Terima Kasih Cikgu kerana sanggup berkhidmat di pendalaman...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya memang suka sangat...kalau dapat ke sana....teringat dulu motor pancing ditengah-tengah hutan..jalan balak...kebetulan maghrib...gelap gelita meredah seorang diri...selamat sampai jam 11 malam setelah berjuang hampir 4 jam di dalam hutan berjalan kaki...pengalaman yang indah

    ReplyDelete
  4. Pengalaman itulah yang memperkaya jiwaminda hingga jadi manusia lasak, tidak mudah menyerah kalah....

    ReplyDelete
  5. Rezeki demo ni,ambo dulu elaun 10 peratus gaji jah...bulih la 91.70 sebulan keluar masuk estet..guru pedalaman memang terbaik dalam segala cikgu..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. tahniah kepada cikgu-cikgu yang sanggup berkorban mengajar ke pedalaman. semoga pengorbanan beroleh kerahmatan Ilahi.

    ReplyDelete
  8. Saya pernah gak ngajar kampung asli,.. masih terbayang dimata, air mata isteri mengalir bila ditunjukkan rumah untuk didaiami,.. penuh dengan sampah dan najis anjing beratus tompok... Tuhan mneguji hambanya dengan kepelbagaian..

    ReplyDelete
  9. Saya pernah gak ngajar kampung asli,.. masih terbayang dimata, air mata isteri mengalir bila ditunjukkan rumah untuk didaiami,.. penuh dengan sampah dan najis anjing beratus tompok... Tuhan mneguji hambanya dengan kepelbagaian..

    ReplyDelete
  10. Dapat elaun RM1,500.00 sebulan habis buat baiki kereta jah. Tak berguna untuk guru-guru, tak boleh buat belanja. Yang pelik nya Kementerian ni tak boleh ke sediakan kenderaan pancuan 4 roda utk kegunaan guru-guru terbabit, sekurang-kurang nya sebuah boleh kongsi 4 orang. Kerajaan Malaysia sekarang ni dah nak bangkrap dah agak nya.

    ReplyDelete
  11. Masalah begini perlu di ajukan kepada Dato KSN. Perlu ada ada penyelesaian untuk guru-guru berkhidmat dengan lebih berkualiti.

    ReplyDelete