KUALA TERENGGANU - Ujian UKM2 telah diadakan di beberapa pusat seluruh negeri Terengganu pada 27 Ogos - 27 Sep 2012. Tujuan ujian adalah untuk memilih pelajar yang berkelayakan untuk mewakili Terengganu dalam perkhemahan akhir tahun PERMATApintar di UKM, Bangi.
Post mortem menunjukkan tiada masalah besar dalam pengenalian Ujian UKM2. Masalah-masalah kecil telah dapat diatasi terutama yang berkaitan peralatan komputer dan talian. Dari segi kehadiran calon yang layak juga memuaskan. Segala masalah-masalah kecil akan diperkemaskan bagi pengurusan Ujian UKM2 akan datang agar lebih mantap lagi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Hamid Yahya adalah mesyuarat beliau terakhir kerana selepas ini beliau akan bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran. Tempat beliau sebagai Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/SKK akan diambil alih oleh Pn. Rohaya bt Mohd Nor. Mesyuarat dihadiri En. Mohd bin Muda, Penyelia Pengurusan Murid sebagai pembantu urusan UKM2 serta pegawai meja di peringkat PPD seluruh negeri.
Sunday, September 30, 2012
Saturday, September 29, 2012
Hebahan: Permohonan Bagi Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Bagi Tahun 2013 Anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB)
Tuan/Puan,
Sila muat turun surat siaran dan syarat-syarat permohonan di dalam lampiran.
Serta sila layari laman web IAB berikut http://www.iab.edu.my/npqel/
Sekian, terima kasih.
TKPPM bersama-sama Guru Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas Negeri Terengganu
KUALA TERENGGANU - " Tranformasi atau perubahan sangat perlu walaupun susah dan sakit demi untuk lonjakan ke tahap yang lebih baik. Contoh mudah tranformasi ialah kehidupan seekor helang atau "eagle" bilamana pada satu peringkat terpaksa mematahkan paruh, mencabut semua bulunya dan mematahkan kuku. Kemudiaan untuk pulih kembali dengan paruh baru dan kuku baru serta sayap baru memerlukan masa seratus lima puluh hari. Selepas tempoh "kesukaran dan kesakitan itu" ia mampu hidup tiga puluh tahun akan datang", demikian antara lain ucapan Ybrs Haji Sufa'at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi) Pendidikan dalam Majlis TKPPM bersama-sama Guru Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas Terengganu yang berjumlah 1,000 orang di Dewan, SMK Chendering, Kuala Terengganu pagi ini.
Dalam ucapan hampir dua jam beliau banyak menyentuh berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 serta tranformasi pendidikan yang berlaku. Bagi menjelaskan mengapa plan PPPM dan tranformasi dilaksanakan beliau berkata berasaskan data yang ada pendidikan kita masih ketinggalan dan perlu kepada perubahan. Dapatan data dari kajian, pakar, dialog dan sebagainya keperluan kepada PPPM sangat mustahak. Biarpun peruntukan kerajaan kepada pendidikan antara yang tertinggi di dunia namun dalam pelbagai perkara pendidikan kita masih terkebelakangan khususnya melahirkan murid yang mahir berfikiran kreatif dan inovatif.
Kepimpinan pendidikan juga menurut beliau perlukan perubahan di mana 40% pengurus sekolah akan bersara dalam tempoh lima tahun dan 55% tidak memperolehi ilmu pengurusan pendidikan sewajarnya. Justru itu pada masa depan urusan kenaikan pangkat Pengetua dan Guru Besar tidak lagi berasaskan senioriti tetapi berasaskan kompetensi ketat seperti mempunyai sijil NPQEL / NPQH bagi menjamin kualiti pengurusan pendidikan di peringkat sekolah.
Sebelum itu pada sesi sebelah pagi YM Dato' Haji Raja Arif Raja Ali, Ketua Pengarah, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan ceramah '1Malaysia". Beliau meminta para guru memahami sesuatu gagasan pimpinan dengan jelas dan mendalam bukannya secara kabur. Apabila tidak faham sesuatu maka, pelaksanaannya juga pasti tidak sempurna dan hasrat sebenar tidak akan tercapai. Oleh itu gagasan 1Malaysia adalah program bagi memastikan wawasan negara akan tercapai. Tegas beliau peranan guru dalam melahirkan warga yang berilmu dan penuh peradaban amat penting.Menurut beliau hanya bangsa yang berpaksikan ilmu mampu mengangkat tamaddun dan bergerak maju. Justru itu tegas beliau lagi BTN telah mengeluarkan pelbagai buku yang ditulis oleh cendikiawan bagi memberi ilmu dan kefahaman yang boleh dibaca dan diekses melalu website BTN oleh seluruh rakyat supaya mereka tahu tentang aspirasi negara tercinta ini.
Kita yakin wacana profesional dan ilmiah seumpama ini mampu melahirkan budaya berfikir dan budaya ilmu kepada kaum guru khususnya guru-guru yang mengajar dalam kategori khas untuk memastikan setiap warga anak bangsa mendapat pendidikan terbaik melalui pendemokrasian dan tranformasi pendidikan.
Meminjam kata-kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran " Kalau eagle boleh melakukan tranformasi masakan kita tidak boleh melakukanya". Marilah kita sahut cabaran ini dengan jiwa dan hati terbuka kerana tranformasi ke arah al-falah dituntut agama.

Sembang Sabtu : Penglibatan Guru dengan pekerjaan luar
Salah satu isu yang diperkatakan oleh Ketua Unit Sekolah Rendah dalam Mesyuarat Profesional dengan Guru Besar Terengganu minggu lepas ialah " penglibatan guru dengan pekerjaan dan kegiatan luar". Ini bukanlah satu isu baru. Isu guru buat kerja luar sudah lama berlaku. Isu guru berniaga di pasar minggu, guru jadi kontraktor, guru jadi jurulatih skuba, guru jadi pengurus homestay, guru jadi penceramah agensi tertentu dan sebagainya. Semua orang tahu. Persoalannya siapa dan bagaimana kelulusan membenarkan mereka melaksanakan kerja-kerja luar ini?
Aduan mempersoalkan integriti guru yang melaksanakan kerja luar bukan sahaja datang dari masyarakat, rakan sejawat bahkan daripada pimpinan pendidikan. Satu ketika seorang Ketua Sektor mempersoalkan seorang guru yang jarang berada di sekolah kerana terlibat dengan kerja dan kegiatan luar. Bila isu sedemikian timbul bagaimana seorang Guru Besar selaku ketua boleh melulus atau membenarkan guru mereka sewenang-wenangnya melakukan kerja luar apa lagi dalam waktu pengajaran-pembelajaran dan pekerjaan atau kegiatan yang dilakukan tiada kaitan langsung dengan pendidikan.
Kita juga dapati bahawa terdapat agensi-agensi tertentu menggunakan kepakaran guru-guru kita tidak mengikut prosidur yang betul. Ada yang menghantar surat terus kepada guru berkenaan sama ada tanpa salinan atau hanya salinan kepada Guru Besar bukannya memohon kebenaran kepada Guru Besar apalagi kepada Pengarah Pelajaran Negeri. Ada laporan yang kita terima guru terlibat kadang pergi tanpa kebenaran Guru Besar atau dengan kebenaran Guru Besar berasaskan "budibicara" yang salah. Tindakan ini bukan saja menyalahi Perkara 5 Tatacara Kelakuan Pegawai Awam 1993 tetapi melanggar Etika Profesion Keguruan dalam perkara Tanggungjawab Kepada Pelajar. Apa lagi meninggalkan sekolah dalam kehadiran wajib seperti masa pengajaran-pembelajaran, kelas bimbingan, aktiviti perkhemahan, mesyuarat agong pibg dan sebagainya. Pentafsiran kehadiran wajib bertugas perlu difahami oleh semua guru. Ianya bukan sahaja wajib hadir waktu bekerja tetapi menghadiri kegiatan persekolahan lain seperti arahan Guru Besar berasaskan peraturan sedia ada.
Kementerian Pelajaran Malaysia amat menghargai kepakaran guru untuk melaksanakan kerja luar serta memperolehi imbuhan samping. Namun ianya mestilah mengikut prosidur dan tatacara yang betul. Jangan nanti "yang wajib ditinggalkan" dan "yang sunat diutamakan". Sebagai kakitangan awam integriti dan reputasi pegawai awam seperti guru perlu dipelihara agar masyarakat tidak memandang serong dan hilang kepercayaan. Oleh itu, KPM membenarkan guru melakukan kerja luar secara bersyarat dengan memohon dan mendapat kelulusan Pengarah Pelajaran Negeri. Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1999, Penglibatan Pegawai dan Kakitangan Di Bawah Kementerian Pendidikan Dalam Pekerjaan Luar telah menerangkan dengan jelas tentang cara dan prosidurnya. Antara syarat-syarat yang memboleh seseorang guru melaksanakan kerja luar:
Kita berharap selepas ini Guru Besar tidak lagi sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana guru di bawah kawalan mereka untuk terlibat dengan kegiatan dan kerja-kerja luar jika ianya menjejaskan tumpuan kepada tugas-tugas utama di sekolah. Patuhi setiap peraturan dan prosidur yang ada dalam meluluskan cuti atau penglibatan guru dengan kerja luar supaya integriti dan kecekapan kita tidak dipersoalkan.

- telah disahkan dalam jawatan
- permohonan kepada Pengarah Negeri 2 bulan dari tarikh kerja luar bermula
- kerja luar tidak melebihi 4 jam seminggu
- tidak mengganggu tugas dan dilaksanakan di luar waktu pejabat
- tidak digalakkan melaksanakan kerja luar di luar zon tempat bertugas
- sahlaku kelulusan dalam satu tahun dan boleh mohon kembali
Kita berharap selepas ini Guru Besar tidak lagi sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana guru di bawah kawalan mereka untuk terlibat dengan kegiatan dan kerja-kerja luar jika ianya menjejaskan tumpuan kepada tugas-tugas utama di sekolah. Patuhi setiap peraturan dan prosidur yang ada dalam meluluskan cuti atau penglibatan guru dengan kerja luar supaya integriti dan kecekapan kita tidak dipersoalkan.
Friday, September 28, 2012
Bajet 2013: Tambahan bonus sebulan gaji kakitangan awam
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.
Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. - BERNAMA
Teks ucapan Budget 2013. KLIK
Renungan Jumaat : Bila tarikh luput kita ?
Setiap makhluk yang hidup dan melata di muka bumi ini mempunyai tarikh luput. Kalau kita perhatikan, barang-barang keperluan seperti kicap, sos, susu dan lain-lain mempunyai tarikh luput yang telah siap ditulis pada labelnya. Bezanya manusia sebagai hamba Allah tidak mengetahui bilakah tarikh luput kita kerana pada tubuh badan manusia tidak mempunyai label yang mencatitkan tarikh luput manusia.
Walau bagaimanapun jika kita peka dan seringkali berfikir sudah banyak elemen yang menunjukkan kita telah mencapai had maksima dan menghampiri tarikh luput yang ditetapkan oleh Allah SWT. Misalnya dahulu kita makan durian tiga empat biji, sekarang cukup seulas sahaja kerana jika tidak kepala sudah pening. Dulu tiga empat kali seminggu makan daging, sekarang tersilap makan seketul darah mencacak naik. Dulu sekali makan nasi macam hendak makan dua tiga hari. Sekarang had makan nasi sudah tamat kerana pantang makan nasi gula dalam darah akan meningkat. Dulu sup ‘gearbox” tiap-tiap petang.Sekarang hendak hirup kuah tidak berani kerana tersilap hari bulan sendi bengkak,nafas menjadi sesak.
Dalam banyak hal kita telah menghampiri had dan limit yang telah ditakdirkan atas diri kita. Namun justru mengabaikan kesederhanaan maka ada sesetengah perkara yang diperuntukkan selama enam puluh tahun kita gunakannya dalam tempoh tiga puluh tahun sahaja. Inilah silap kita yang sewajarnya kita insaf dan redha terutama di saat menghampiri tarikh luput total kita.
Tarikh luput kita adalah hari kita meninggal dunia.
Tarikh luput kita adalah hari perpindahan kita dari dunia ke alam barzakh.
Tarikh luput kita adalah hari terakhir kita hidup di dunia ini.
Tarikh luput manusia tidak boleh dilanjutkan atau renewed seperti tarikh luput pada lesen memandu. Sebaik sahaja tamat tarikh luput manusia, bermakna tiada lagi peluang untuk kita kembali ke dunia ini.
Soalnya bilakah tarikh luput kita itu?
Tarikh luput hidup manusia adalah dalam pengetahuan Allah. Cuma yang pasti setiap seorang dari kita telah pun mempunyai tarikh luput itu. Allah sengaja merahsiakan. Mungkin jika manusia sudah mengetahui tarikh luput masing-masing sudah tentu ada yang akan merancang bila hendak melakukan kebaikan, bila hendak melakukan maksiat dan bila pula masa yang sesuai untuk bertaubat dan beramal soleh.
Firman Allah:
“Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan.” (Al-Anbiya’: 35)
“Kami tidak membuat sesuatu makhluk sebelum kamu (Muhammad) untuk hidup selama-lamanya.” (Al-Anbiya’ :34)
Benarlah, bahawa tiada makhluk di atas muka bumi ini akan hidup untuk selama-lamanya. Manusia, tumbuh-tumbuhan yang melata dan haiwan yang berkeliaran akan mati juga. Jika diperhatikan alam dunia tempat kita tinggal, mencari rezeki dan bersuka ria ini pun suatu hari nanti akan musnah juga. Sistem alam dan sistem cakerawala juga mempunyai tarikh luput yang tidak kita ketahui melainkan melalui tanda-tanda akhir zaman yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadith. Setelah berlakunya tanda-tanda tersebut, maka insaflah bahawa dunia yang kita diami ini sedang menuju saat-saat kemusnahannya.
Allah tidak memberitahu bilakah tarikh luput manusia. Allah juga tidak memberitahu bilakah tarikh luput alam dunia ini. Semuanya dirahsiakan bagi menguji keimanan dan ketaqwaan manusia kepada Allah. Tetapi Allah yang Maha Penyayang Lagi Mengasihani memberikan tanda-tanda akan berakhirnya kehidupan kita.
Sedarlah… bila segala kekuatan yang ada pada kita telah lemah, kudrat tidak sekuat dulu, mata sudah semakin kabur, telinga semakin kurang pendengaran, ingatan semakin mudah lupa, rambut mula beruban, badan mula sakit di sana sini, makan sudah mula berpantang adalah antara tanda-tanda bahawa kita sedang menuju kepada tarikh luput kita. Bersediakah kita ?
sumber : disesuaikan dari tulisan Abu Wafi
Perasmian Nadwah Kepemimpinan Islam SABK Kebangsaan
KUALA TERENGGANU - Bermula 27 hingga 30 September 2012, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama JPN Terengganu mengadakan Nadwah Kepemimpinan Islam SABK Kebangsaan Kali Ke 2. Nadwah ini berlangsung di Imtiaz, Kuala Terengganu, Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Majlis perasmian telah diadakan pada malam semalam. Yang Berbahagia En. Hashim Mohd Zin, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu mewakili YAB Dato' Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu telah menyempurnakan perasmian tersebut. YAB Menteri Besar Terengganu dalam teks ucapan perasmian yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah menyatakan bahawa sejarah kehidupan Rasullallah sejak dari kecil hingga dewasa adalah sebaik model kepimpinan yang Allah tunjukkan kepada kita. Tegas beliau, Rasullallah melalui latihan kehidupan itu menjadi manusia yang amat terbangun minda, jiwa, fizikal dan spritualnya sehingga mampu menyerlahkan kejujuran dan keikhlasan dalam kehidupan lantas dipanggil "Al-Amin" setelah berjaya menyelesaikan pertikaian masyarakat Arab jahiliyah.
Sebelum itu Yang Berbahagia Tuan Haji Wahid bin Setia, Timbalan Pengarah Bahagian yang menjaga instusi pendidikan agama atau SABK menyatakan rasa kagum dan bangga dengan pencapaian 4 buah Imtiaz dan SM Agama Atas Zainal Abidin sebagai sekolah berada dalam ranking kelima terbaik kebangsaan. Tegas beliau ini merupakan satu cabaran kepada SMKA yang ada. Beliu juga memaklumkan BPI menyediakan kurikulum kebangsaan yang seimbang untuk SABK agar lepasan pelajar boleh memilih pelbagai jurusan bukan hanya bidang keagamaan semata-mata.
Majlis perasmian ini turut dihadir Ketua-Ketua Sektor Pendidikan Islam seluruh negara, Ketua-Ketua Sektor, PPD, Pegawai JPN Terengganu, pengetua dan juga Guru Besar negeri Terengganu. Majlis perasmian ini juga diserikan dengan persembahan nasyid daripada SMA Marang, Terengganu.
Kita berharap melalui Nadwah Kepemimpinan Islam yang bertemakan "Aqidah Kukuh Kepimpinan Teguh" semua peserta dapat menghayatinya dan mempraktik amalan kepimpinan Islam dalam realiti kehidupan yang sebenar yang penuh cabaran dan dugaan.

Mesyuarat KEDAP
KUALA TERENGGANU - Semalam telah diadakan Mesyuarat Kelas Dewasa Orang Asli (KEDAP) di Rumah Tamu, JPN Terengganu. Pada tahun 2012 KPM telah memperuntukan RM56,250.00 bagi setiap sekolah Asli Terengganu iaitu SK Sungai Pergam dan SK Sungai Berua.
Peruntukan KEDAP ini meliputi Insentif Guru dan Insentif ibubapa. Insentif Ibubapa meliputi Elaun Kehilangan Pendapatan, Elaun makan, Elaun Kesihatan, Elaun Pakaian, Elaun Buku/ Alat dan Elaun lawatan. Program yang dimulakan Jun tahun ini selama 75 hari dengan masa 2 jam sehari. Setakat ini prestasi perbelanjaan KEDAP berada dalam sasaran yang sepatutnya.
Sementara kehadiran peserta kelas KEDAP secara puratanya melebihi 90%. Kita berharap prestasi kehadiran akan terus meningkat. Dalam pada itu satu kajian keberkesanan KEDAP akan dilaksanakan.Mesyuarat juga memutuskan untuk mengadakan Majlis Graduasi KEDAP peringkat negeri sebagai satu usaha motivasi untuk mempertingkatkan komitmen dan iltizam masyarakat Asli kepada pendidikan.
Kita berharap melalui KEDAP ini minda masyarakat Asli kita akan terbuka dan berupaya membantu dan mendorong anak-anak mereka belajar. Kita sangat percaya bahawa hanya pendidikan yang mampu merubah masyarakat secara spritual dan fizikal justru dalam menjayakan ini sangat perlukan komitmen mereka yang berkait langsung dengan pembangunan masyarakat orang Asli.

Thursday, September 27, 2012
Tahniah Sektor Pengurusan Sekolah
Pemenang Anugerah dari SPS bergambar bersama Timbalan Pengarah
Tahniah kepada anggota dan Sektor Pengurusan Sekolah telah memenangi anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri sempena Perhimpunan Kesembilan, JPN Terengganu pagi ini. Kategori anugerah atau hadiah berkenaan sebagaimana berikut;
- Tempat Pertama Anugerah 5S Zon JPN Terengganu
- Tempat ketiga Pertandingan Bulan Kemerdekaan Peringkat JPN Terengganu 2012
- Anugerah Pegawai Cemerlang kepada En. Mat Lazim Noor, Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/Kluster, Unit Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah
Semoga kemenangan ini memberi semangat dan mempertingkatkan lagi imej
Sektor Pengurusan Sekolah.
Wednesday, September 26, 2012
Pemantauan Pengurusan Kewangan Sekolah
KEMAMAN - Jabatan Pelajaran Negeri melalui Unit Akaun dan Kewangan Unit Sekolah Rendah dan PPD sedang mengadakan pemantauan pengurusan kewangan kepada beberapa buah sekolah "terpilih" bagi membantu mereka memperbaiki dan memantapkan pengurusan kewangan mengikut prosidur dan tatacara pengurusan kewangan yang betul. Hasrat jabatan bukan sahaja tiada sekolah akan menerima audit berteguran tetapi setiap sen peruntukan kerajaan dapat dimanafaat semaksima mungkin bagi tujuan pendidikan anak-anak.
Hari ini rombongan ini memantau pengurusan kewangan di SK Sungai Pergam dan SK Cherul. Banyak isu-isu pengurusan kewangan yang kritikal dan kronik dapat diselesaikan.
Berasaskan pemerhatian dan penemuan isu pengurusan kewangan terjadi bilamana Guru Besar dan Pembantu Tadbir yang mengurus kewangan kurang cakna, tidak berilmu, bersikap sambil lewa,tidak telus, gagal mengurus dokumen kewangan dengan baik dan kurang integriti. Kita dapati ada laporan mengatakan terdapat segelintir sekolah tidak dapat mengurus dokumen kewangan dan gagal menyediakan penyata audit dengan memberi pelbagai alasan yang tidak masuk akal.
Kita di jabatan memandang serius perkara ini dan mengingatkan Guru Besar walau apa dan bagaimana sekali, akauntebaliti (kebertanggungjawaban) Guru Besar dalam pengurusan kewangan tidak akan terlepas walau bertukar atau bersara. Sudah ramai pengurusan sekolah akibat kecuaian dan tidak integriti dalam pengurusan kewangan dikenakan tindakan Arahan Perbendaharaan sama ada surcaj seperti membayar balik kepada kerajaan, tidak disahkan perlantikan naik pangkat, diturunkan pangkat dan sebagainya. Kita tidak mahu tragedi itu melanda Guru Besar kita, apa lagi sesuatu itu yang mereka mampu buat dengan mudah.
Kita amat berharap rakan-rakan Guru Besar menjadikan pengurusan kewangan sebagai salah SKT utama mereka. Sepatutnya di zaman ledakan teknologi , perjawatan sokongan pentadbiran dan kewangan yang mencukupi, sistem pengurusan yang dinamik dan telus, pengurusan kewangan sekolah sewajarnya menjadi bertambah cekap, mudah dan manafaatnya sampai kepada pelajar dengan semaksima mungkin .

Tuesday, September 25, 2012
Pengambilan Surat Tawaran dan Penempatan DG41 Program PJJ
Alhamdulillah
sebagaimana yang kita janjikan bahawa surat penempatan dan tawaran DG41 kepada
guru-guru PJJ telah siap diproses. Tuan/puan yang terlibat perlu mengambil
tindakan perkara yang dinyatakan dengan cermat, cepat dan tepat. Urusan
pengambilan surat berkaitan adalah sebagai berikut
Bagi Guru-Guru yang berada di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman boleh mengambil surat tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing pada 30 September 2012 (Ahad) selepas jam 10.00 pagi melalui Pembantu Tadbir Pengurusan Sekolah atau Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah .
Bagi Guru-Guru yang berada di daerah Kuala Terengganu dan Marang boleh mengambil di Unit Sekolah Rendah, JPN Terengganu mulai esok melalui Pn. Bibah Bibi bt Mohd Shukri (09-6213390)
Guru-guru hendaklah menjawab balik surat ini kepada SPP dari sekolah sekarang (terkini) dan surat guru-guru juga dihantar ke PPD terkini di mana tuan/puan sedang bertugas di sekolah dalam daerah PPD berkenaan
Senarai nama mereka yang mendapat tawaran hingga kini. KLIK
Kepada yang belum tersenarai harap bersabar kerana difahamkan ianya turun secara berperingkat terutama bagi mereka yang memegang jawatan hakiki seperti Guru Besar / GPK kerana tujuan penyelarasan tarikh . Jika anda dapati nama-nama kawan yang sama temuduga dengan anda ada tetapi anda tiada dalam senarai antara kemungkinan tempoh hukuman "tatatertib" kerana melanggar syarat pengajian belum selesai atau anda termasuk dalam mereka yang pegang jawatan hakiki seperti GPK.
Selain dari itu kemungkinan mereka dalam senarai tawaran DG41 ini telah terlantik sebagai GPK dalam masa terdekat yang lalu. Mereka boleh membuat pilihan berikut:

- Jika ingin kekal sebagai GPK mereka perlu menolak tawaran berkenaan dan memohon semula untuk temuduga bagi dilantik sebagai GPK DG41(KUP)
- Jika ingin memilih dan menerima tawaran DG41 mereka perlu meletak jawatan sebagai GPK dengan mengemukan surat permohonan perletakan jawatan dan satu salinan jawapan setuju terima DG41 kepada Pengarah Pelajaran Negeri (u.p : Unit Sekolah Rendah) dan sesalinan kepada PPD
- Bagi mereka yang menyandang jawatan Guru Besar / GPK tarikhnya lebih awal dari tarikh tawaran DG41 tidak ada masalah menerima tawaran dan bakal dikekalkan atas jawatan dengan diberi DG41(KUP)
Subscribe to:
Posts (Atom)