Sembang Sabtu kali ini akan mengupas berkaitan Menghadapi UPSR. Rata-rata semua orang seantaro negara sedia maklum pada 11,12, dan 13 September 2012 adalah hari-hari UPSR. Kalau masih ada yang tidak tahu dan tertanya-tanya, sah jenis kurang cakna pada pendidikan mungkin kepada pendidikan anak sendiripun agaknya. Bagi Menghadapi UPSR ini., guru-guru Tahun 6 adalah mereka yang paling sibuk dan stress. Lebih-lebih lagi bila keputusan percubaan yang baru lalu tidak membanggakan. Justru pelbagai program di saat akhir bagi memperkuatkan kefahaman,kemahiran dan kemantapan spiritual dan emosi pelajar dilaksanakan. Pada malam Jumaat lepas majoriti sekolah mengadakan sembahyang hajat, bacaan yasin, mohon restu dan sebagainya.
Cuti hujung minggu ini ada lagi sekolah-sekolah mengadakan kem mata pelajaran dan motivasi. Banyak resort atau kem penuh dengan murid. Belajar sambil riadah bagi mempertingkatkan keyakinan dan mengurangkan stress. Tidak kurang guru-guru pakar dipanggil bagi menyampaikan tip-tip terakhir. Sekalung tahniah kepada sekolah dan guru-guru Tahun 6. Kita wajar tabik kepada mereka yang bertungkus-lumus sejak dari awal tahun lagi. Berbagai tektik dan srategi telah diajar kepada murid dengan ikhlas dan bersungguh-sunmgguh. Janganlah pula kerana keghairahan untuk murid-murid menggapai A kita mencemar nama baik profesion dan integriti kita sebagai guru. Kita tidak mahu lagi mendengar isu berkaitan soalan bocor dan perkara yang sama waktu dengannya. Kita harus yakin dan percaya bahawa kita telah melaksanakan pendekatan yang terbaik dan semoga Allah permudahkan murid-murid kita menghadapi UPSR ini serta memberi kejayaan terbilang nanti. Kejayaan yang penuh bermaruah dan berintegriti.
Kita juga tahu ramai ibubapa yang membaca yasin, solat hajat sendiri dan minta berkat tok-tok guru agar anak mereka mudah menjawab soalan. Dan ada juga ibubapa yang bekerja berkira-kira untuk cuti selama tiga hari agar dapat memberi sokongan kepada anak-anak. Ketua-ketua jabatan yang terlibat..luluskan cuti mereka ini. Insyaallah jika tuan-tuan ketua jabatan mudah memberi , saya yakin mereka yang terlibat akan membalas berlipat kali ganda dengan kerjakuat dan gigih mereka bahkan tuan-tuan akan dihormati, dikasihi dan disanjungi dengan sifat ehsan,perihatin dan bertimbang-rasa itu.
Kita nak semua pihak, terutama yang berkaitan dengan pendidikan peka dan sensitif dalam situasi "zon peperiksaan" ini. Kita mahu support sepasukan bukan sorang dua. Serupalah juga kalau di rumah hanya calon dan ibunya sahaja yang beria-ia dan bersungguh-sungguh tapi bapa, adik-beradik buat tak endah bahkan pasang radio dan tv kuat-kuat dari mana akan datang angin dan iklim ketenangan dan sokongan.? Justru itu kita mohon dengan rendah hati sama ada peringkat agensi di KPM, JPN, PPD, agar Guru Besar, GPK dan Guru-Guru yang kritikal dengan ujian ini tidak dipanggil untuk bengkel, mesyuarat atau kursus. Biar tiga hari ini mereka berada di sekolah dan mengurus perjalanan ujian UPSR sebaik mungkin. Bahkan pegawai-pegawai JPN dan PPD yang terlibat dengan pengurusan ujian ini juga jangan sekali-kali "diganggu" dengan urusan sepertimana di atas. Mungkin bagi sesetengah pihak memandang remeh perkara ini namun jika dilihat sudut "meraikan" calon ujian ini dan mereka yang terlibat oleh semua pihak maka ia adalah sesuatu yang sangat penting.
Akhirnya kita berdoa dan berharap segala persediaan kita semua Menghadapi UPSR dapat dilaksanakan dengan lancar di semua peringkat dengan "zero defect". Dan kita juga berdoa dan berharap agar anak-anak
Terengganu kita yang bakal menduduki UPSR 2012 dapat meraih legasi keterbilangan UPSR yang berterusan.....
No comments:
Post a Comment