Sunday, September 23, 2012

Mesyuarat Profesional Guru Besar Terengganu Kali 4/2012

  
MARANG- Mesyuarat Profesional Guru Besar Terengganu Bersama Unit Pengurusan Sekolah Rendah kali 4/2012 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, SK Medan Jaya, Marang, Terengganu. Semua wakil Guru Besar Daerah hadir. Sementara Unit Sekolah Rendah diwakili oleh Ketua Unit Sekolah Rendah dan Penyelia Kanan Projek Khas.

Mesyuarat ini telah membincangkan pelbagai isu seperti perjawatan, pengurusan, naik pangkat dan pelbagai lagi ke arah memperkasakan pengurusn sekolah. Ketua Unit dalam ucapannya telah memaklumkan isu berkaitan " kehebatan Guru Besar" yang baru diperbincangkan dalam mesyuarat beliau di peringkat kementeriaan. Tegasnya ramai melihat Guru Besar kini  kurang hebat dan bermaya. Justru beliau meminta Guru Besar yang ada membuat penilaian yang teliti bila menyokong permohonan para guru untuk kenaikan pangkat  terutama dalam laluan pentadbiran.


Ketua Unit juga meminta agar wakil-wakil Guru Besar di peringkat daerah sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan PPD melalui pelbagai wacana profesional. Selain itu beliau meminta cadangan daripada Guru Besar jika ada isu-isu kenaikan pangkat dan pengurusan yang perlu di bawa ke atas boleh maklumkan atau email ke Unit Sekolah Rendah supaya boleh di bawa dalam mesyuarat peringkat kementerian.



Selain dari itu isu berkaitan aduan juga dibangkitkan. Kebelakangan ini isu aduan kepada Guru Besar dan GPK agak membimbangkan.Justru itu beliau memohon agar Guru Besar sentiasa mengamalkan pengurusan secara profesional. Mulai tahun 2013 semua sekolah akan menggunakan aplikasi online untuk melaporkan sesuatu yang melibatkan murid atau sekolah. Mulai sekarang sekolah boleh berlatih melalui

Mesyuarat juga membincangkan berkaitan permohonan GPK (iGPK32) dan meminta supaya Guru Besar menyaring atau menyokong hanya calon-calon terbaik sahaja. Cadangan juga dibuat agar wakil Guru Besar daerah dilantik menjadi anggota panel pemilih peringkat PPD.

Kita berharap mesyuarat profesional seumpama ini mampu menjadi wacana berkesan dalam menangani pelbagai isu supaya penambaikan berterusan dapat dilakukan dan meletakkan pengurusan sekolah rendah Terengganu antara yang terbaik di negara ini.

No comments:

Post a Comment