Assalamualaikum
anak-anak calon UPSR Terengganu 2012
Apa khabar
kalian ? Semoga semuanya sihat dan bersemangat. Tenang dan tenteram. Masa
pertarungan yang dinanti sekian lama kian mampir. Usah gentar, usah takut.
Ketakutan hanyalah ada pada jiwa sang pengecut. Kamukan bukan insan seperti itu
. Tidak ! Kamu pahlawan dan harapan yang telah diasuh dan dilatih oleh para
pendeta untuk pertarungan ini.
Anak-anak
kami yang berani,
Sebelum
melangkah ke gelanggang pada 11,12 dan 13 September 2012 nanti ingin kami
berpesan dan menitipkan beberapa petua agar selari pencak dengan rentaknya,
selagu seirama buah gurindamnya serta
arif bijaksana mentafsir tipu muslihat persoalannya.
Pertama
jangan alpa membaca Bismillah , kunci pembuka resah dan susah. Berkatnya tidak
payah dicerita. Semoga dengan rahmat namaNya segala urusan bakal menjadi mudah
dan sempurna. Namun ingat, sebelum turun ke gelanggang salami tangan
ibuayah yang dikasihi. Mohon keampunan
dan restu. Insyaallah doanya mustajab serasi dengan izin dan kehendak Allah.
Mudah-mudahan pertarungan menjadi mudah, kejayaan menjadi milik dengan gah.
Anak-anak
yang budiman,
Jangan
sesekali bergopoh-gapah,resah-gelisah. Sediakan awal segala peralatan dan
keperluan. Syaitan sentiasa mahu kita lalai dan kucundang. Justru lawan syaitan
itu dengan ketenangan dan kebijaksanaan. Teliti soalan dan jawapan dengan minda
sejati dan pandangan mata hati bukannya gopoh-gapah membuta –tuli. Biar nampak
mudah namun sabar,jangan terpesona godaan syaitan madah berhelah. Insyaallah dengan
“ketenangan dan kesabaran” yang kusut dapat dilerai, yang sukar dapat diungkai.
Anak-anak
yang bijaksana,
Sesudah
selesai sesuatu pertarungan dan didapati ada berlaku sedikit kesilapan tingkah
dan langkah, jangan sesal dan gunda-gelana. Jangan terbuai dalam lamunan emosi
hingga hilang fokus dan kosentrasi. Kesilapan kecil bukanlah pembunuh kepada
kemaraan perjuangan yang lebih besar. Tumpukan segala daya dan tenaga untuk
memenangi dan menguasai pertarungan seterus nya. Jadikan kesilapan yang ada itu
guru untuk mengajar kita supaya bijaksana,sabar dan teliti. Ingat orang yang
bijaksana itu , “ Apa yang diusaha dan dicapai hari ini lebih baik dari semalam
dan apa yang diusaha dan dicapai besok lebih baik dari hari ini “
Anak-anak
pewaris bangsa,
Jangan
sesekali memandang enteng pertarungan ini. Pertarungan UPSR ini adalah yang
pertama dan terakhir. Tiada lagi pertandingan ulangan sama ada menang atau
kecundang. Tidak ada. Oleh itu guna peluang ini sebaik mungkin. Jangan undur
dan mengaku kalah. Kamu adalah sang juara terhebat. Harapan untuk membawa obor
amanah dan maruah diri,keluarga,bangsa,agama dan negara pada masa depan.
Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan bermacam lagi sekolah
hebat sedang menunggu kamu. Kamu adalah permata kami yang perlu dicanai di
sekolah-sekolah hebat ini agar gemerlap menyinari semesta tamaddun bangsa pada
masa depan . Jangan lepas peluang ini.
Rebut,rebut,re
but dan rebut.
Anak-anak
yang bersemangat waja,
Katakan
kepada dirimu sendiri..
Jika ada
1,000 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Akulah
salah seorang daripadanya….
Jika ada
100 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan
kepada dirimu sendiri..
Akulah salah seorang daripadanya…
Jika ada
10 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan
kepada dirimu sendiri…
Akulah
salah seorang daripadanya…
Jika ada 1
sahaja manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan
kepada dirimu sendiri..
AKUlah
itu….
Anak-anak
kami yang kami kasih kami doakan…
Ya Allah
Ya Tuhan Kami,
Berikah
anak-anak kami yang bakal menduduki UPSR
Kekuatan
minda, jiwa, rohani dan spiritual,
Campak ke
dalam hati mereka ketenangan dan
keberanian..
Ya Allah
Ya Rahim
Dengan
sifat penyayang dan pengasihMU
Berikan
kesihatan yang mantap serta terhindar dari
Segala
penyakit dan musibah sepanjang
Menduduki
ujian UPSR ini…
Lapang dan
permudahkanlah urusan mereka
menghadapi
ujian ini agar nanti bakal
menjadi
anak-anak pintar soleh mengenang budi
serta
pendokong ummah dan agamaMu
dipersada
dunia dengan cemerlang dan terbilang.
Ya Allah…
Hanya
kepadaMu kami memohon
Keampunan
dan pertolongan
Amin….
Salam
Perjuangan
USR
Blogger Team
JPN
Terengganu
09.09.2012
"Jika ada 1 sahaja manusia yang beroleh 5A UPSR 2012Katakan kepada dirimu sendiri..AKUlah itu"
ReplyDeleteAyat ni dr zmn ambe skoloh ade dah.....mmg legend.. Buat semua calon upsr, buatlah yg terbaik demi keluarga kalian.... "Turn the SCAR into the STAR"
Berkesan... Terbaik.... Syabas dan Terima Kasih
ReplyDelete