KUALA TERENGGANU - Semalam telah diadakan Mesyuarat Kelas Dewasa Orang Asli (KEDAP) di Rumah Tamu, JPN Terengganu. Pada tahun 2012 KPM telah memperuntukan RM56,250.00 bagi setiap sekolah Asli Terengganu iaitu SK Sungai Pergam dan SK Sungai Berua.
Peruntukan KEDAP ini meliputi Insentif Guru dan Insentif ibubapa. Insentif Ibubapa meliputi Elaun Kehilangan Pendapatan, Elaun makan, Elaun Kesihatan, Elaun Pakaian, Elaun Buku/ Alat dan Elaun lawatan. Program yang dimulakan Jun tahun ini selama 75 hari dengan masa 2 jam sehari. Setakat ini prestasi perbelanjaan KEDAP berada dalam sasaran yang sepatutnya.
Sementara kehadiran peserta kelas KEDAP secara puratanya melebihi 90%. Kita berharap prestasi kehadiran akan terus meningkat. Dalam pada itu satu kajian keberkesanan KEDAP akan dilaksanakan.Mesyuarat juga memutuskan untuk mengadakan Majlis Graduasi KEDAP peringkat negeri sebagai satu usaha motivasi untuk mempertingkatkan komitmen dan iltizam masyarakat Asli kepada pendidikan.
Kita berharap melalui KEDAP ini minda masyarakat Asli kita akan terbuka dan berupaya membantu dan mendorong anak-anak mereka belajar. Kita sangat percaya bahawa hanya pendidikan yang mampu merubah masyarakat secara spritual dan fizikal justru dalam menjayakan ini sangat perlukan komitmen mereka yang berkait langsung dengan pembangunan masyarakat orang Asli.
No comments:
Post a Comment