Wednesday, September 19, 2012

Majlis Sambutan Timbalan PPD Marang yang baru..

MARANG - Petang tadi telah diadakan upacara sambutan Timbalan PPD Marang yang baru, Tuan Haji Nawawi bin Rani. Sambutan berkenaan di ketuai  oleh PPD Marang, Pegawai dan Staf PPD Marang, Pengetua dan Guru Besar daerah Marang.

Sebelum itu rombongan yang menghantar rasmi Tuan Haji Nawawi  bertolak dari JPN Terengganu dengan sebuah bas pada jam 2.30 petang. Rombongan  berkenaan diketuai oleh En. Salim bin Ab. Ghani, KPP Sektor Pengurusan Sekolah. Ketua Unit Sekolah Menengah, Ketua Unit Prasekolah, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Pegawai dan kakitangan di bawah Sektor Pengurusan Sekolah turut menganggotai rombongan berkenaan.

Satu majlis ucapan dan penyerahan rasmi telah diadakan dalam suasana persaudaraan dan harmoni. PPD Marang dalam ucapan melahirkan kesyukuran dan kelegaan kerana jawatan Timbalan PPD yang kosong lama akibat kembalinya kerahmatullah En. Aziz bin Ibrahim telah dapat diisi. Beliau yakin dengan pasukan kerja yang ada dan sokongan semua pihak PPD Marang mampu menjana kecemerlangan yang diharapkan.

Sekali lagi kami warga SPS mengucapkan tahniah kepada Haji Nawawi dan selamat bertugas di tempat baru.




No comments:

Post a Comment