KOTA BHARU - Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dengan kerjasama JPN Kelantan, JPN Terengganu, JPN Pahang dan SMK Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan menganjurkan Karnival Kebitaraan Kokuriklum Peringkat Kebangsaan Zon Timur Tahun 2012. Karnival berkenaan bermula 24 - 26 September 2012 di SMK Zainab 1. Semua SKK menengah dan rendah dari Kelantan, Terengganu dan Pahang dijemput menyertai karnival ini.
Pelbagai acara akan berlangsung sepanjang karnival tiga hari ini. Selain pameran mengenai kebitaraan kokurikulum sekolah masing-masing, pelbagai pertandingan dan persembahan dalam palbagai bidang kebitaraan kokurikulum seperti orkestra, catur, pidato dan sebagainya akan diadakan. Pameran ini juga akan dibuka untuk tontonan dan lawatan sekolah-sekolah di sekitar Kota Bharu.
Perasmian karnival ini dijangka disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan pada pagi 25 September 2012. Sementara itu difahamkan perasmian penutup akan dilakukan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kelantan. Petang tadi telah diadakan taklimat oleh pihak urusetia di samping persiapan khemah dan gerai pameran.
Bagaimanapun ribut kencang telah menumbangkan khemah dan sebahagian barang pameran yang terletak di padang sekolah yakni lokasi utama tapak karnival mengalami kerosakan. Walaupun sebilangan peserta agak kecewa dengan kejadian itu, kita berharap ianya tidak melemahkan semangat warga SKK terlibat untuk turut meneruskan penyertaan dan penglibatan mereka dalam karnival ini. Kita amat yakin dengan warga SKK bahawa mereka mempunyai kekuatan mental, fizikal dan spritual menghadapi situasi sebegini. Pihak tuan rumah sedang berusaha mengatas masalah berkenaan. Insyaallah kita berharap ianya berjalan lancar.
Kita berharap melalui karnival ini SKK bukan sahaja dapat mempamerkan kehebatan bidang kebitaraan masing-masing tetapi dapat memupuk ukhwah, menyemai jiwa kecemerlangan untuk terus menjadi sekolah gemilang dan terbilang pada masa depan. Gunakan ini sebagai peluang terbaik.
No comments:
Post a Comment