Ujian Allah iaitu suatu
perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi
dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia
tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam
kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita
terhadap yang Maha Pencipta.
Ada orang di uji dengan
penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami
penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang
menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali.
Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol
keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.
Andai dirimu di uji dengan
kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu
dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu.
Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah
sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah
orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan
kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan
bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu.
Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas
dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
Ayat 2 Surah
al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah
manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami
telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."
Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak
Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya"
(Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka.
Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Oleh itu dengan mengenal
diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya.
Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan
mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"
Sumber : - iluvislam.com
No comments:
Post a Comment