Alhamdulillah Janji Ditepati dan Rakyat didahulukan telah terlaksana. Semalam Ketua Sektor Sekolah telah membawa pulang surat tawaran PJJ melibatkan SR dan SM sebagaimana yang dihebohkan. Mereka adalah sebahagian lulusan PJJ yang berjumlah 7,797 orang yang telah ditemuduga dan diluluskan perjawatan oleh kerajaan untuk dilantik ke DG41.
Surat berkenaan bertarikh 15.08.2012 dan tawaran pelantikan ialah pada 2.10.2010 sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling SPP Bil 1/ 2010. Surat ini tidak boleh lagi dikeluarkan kepada calon sehingga sampai surat sumber kuasa penempatan semula dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Apabila surat berkenaan sampai JPN akan keluarkan surat arahan penempatan dan tawaran kepada calon untuk tindakan dalam tempoh 60 hari dari surat arahan penempatan itu. Tanpa surat kuasa arahan penempatan dari BPSH calon tidak boleh mengisi tawaran berkenaan.
Sehubungan dengan itu,calon Sekolah Rendah terlibat tidak perlu untuk menelefon atau bertanya surat mereka ada atau tidak kerana bilangannya ramai. Apabila segalanya selesai kita akan siarkan nama di blog ini untuk membolehkan mereka mengambil sendiri surat berkenaan atau sebagainya. Sama ada nama mereka ada atau tidak boleh merujuk terus kepada web spp seperti berikut :
Kita berharap makluman ini mampu melegakan guru-guru terlibat. Kita juga berharap mereka terlibat bersabar seketika sehingga prosidur perkhidmatan sebagaimana yang diterangkan dilaksanakan tanpa gangguan dan surat tawaran pelantikan ini sampai ke tangan para guru dan seterusnya menerima pengesahan pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah. Semoga semangat kerjakuat dan bertungkus-lumus PPLD tidak akan pudar setelah bergelar PPS. Terima kasih KPM, Tahniah Cikgu !
Allahmdulillah....
ReplyDeleteSyukur...tunggu je lah surat smpi ke sekolah nanti..
ReplyDeleteKami menerima pertanyaan daripada GPK yang mengatakan nama mereka tiada dalam e-permohonan web SPP walaupun sudah ditemuduga.
ReplyDelete1. Surat tawaran ini diturunkan peringkat demi peringkat. Setakat ini baru 270 guru SR yang dah turun. GPK difahamkan masih belum ada.
2. Hampir dua bulan lepas semasa perjumpaan dengan JPN-SPP isu guru mohon DG41 tapi telah naik pangkat sebagai GPK dan GB dikemukakan.
3. Mengikut kaedah lepas, jika GPK/GB yang naik tetapi dalam masa sama menunggu pelantikan DG41 akan menghadapi konflik jika tarikh tawaran DG41 lebih awal dari tarikh naik pangkat GB/GPK maka mereka boleh:
a. Jika inginkan DG41 yang lebih awal, letak jawatan GPK dan terima DG41 sebagai guru biasa
b. Tolak DG41, kekal atas jawatan GB/GPK dan mohon semula temuduga untuk DG41 dan seterusnya kekal atas GPK/GB dan dapat DG41.
4. SPP berpendapat cara demikian sudah kurang sesuai. Apa yang penting mereka pegang GB/GPK kekal atas jawatan dan dalam masa sama nikmati DG41.
5. Barangkali sebab itulah SPP belum keluarkan surat tawaran untuk GPK/GB untuk melihat bila tarikh mereka dilantik GPK/GB agar surat tawaran dikeluarkan membolehkan GB/GPK kekal atas jawatan dan mendapat DG41. Misalnya seorang dilantik GB/GPK pada 16.10.2010 maka untuk membolehkan mereka kekal atas GB/GPK maka surat tawaran DG41 mesti lebih lewat dari tarikh itu seperti pada 1.11.2010 atau 16.11.2010 dan sebagainya
6. Jika seseorang pemohon mohon DG41 sebelum 2.10.2010 dan lulus temuduga. Pada tahun 2011 mohon GPK dan dilantik pada Jan 2012 maka kaedah yang sama dilaksanakan dan secara logiknya mereka akan hilang senioriti pada gred DG41. Bagaimanapun risiko ini pemohon telah diberitahu semasa penawaran GPK.
7. Bagi mereka yang telah pegang GPK sebelum perolehi ijazah dan mohon DG41 kemudian mereka tiada masalah dan boleh dilantik berasaskan pekeliling SPP Bil 1/2010 dengan dikekal atas GPK dan menikmati DG41(KUP).
8. Apapun kita tunggu surat tawaran pelantikan DG41 kepada GPK/GB yang sebenar..
bagaimana pula mereka yg mendpt surat tawaran pd 3.9.2012, adakah tarikh perlantikan juga akan jatuh pd 2.10.2010?
ReplyDeleteTarikh surat iringan tawaran bukan penentu tarikh tawaran pelantikan. Berdasar SPP Bil 1/2010 ialah dikira bila mohon online dengan SPP. Jika mohon sebelum 2/10/2010 dan temuduga bila-bila tak kisah maka tarikh tawaran ialah pada 2/10/2010. Jika mohon online selepas 2/10/2010 tapi dlm tahun 2010 maka tawaran akan dikeluarkan mengikut tarikh permohonan TETAPI jika permohonan melangkau tahun lain spt Jan 2011 maka tarikh tawaran pelantikan ialah pada 2/10/2011. Sila tengok pekeliling SPP Bil 1/2010 untuk lebih faham. TQ.
ReplyDeleteSaya bukan GPK ,mohon June 2010,sudah lulus temuduga bulan Feb 2011,hingga hari ini belum ada berita baik dalam e permohonan. yang hairan ialah mereka yang lewat lulus temuduga drp saya pula yang dapat dulu, bukan kah spp berpegang kepada prinsip first come first serve?bagaimana urusan ini dijalankan spp?
ReplyDeleteSaya pun bukan gpk juga bukan guru besar, tp hanya menjadi guru pendidikan khas selepas habis belajar pjj mengikut opsyen ijazah. Kenapa masih tidak diberi tawaran DG41? Soalnya kenapa kohort 2 didahulukan drp saya dari kohort 1 sedangkan saya ditemuduga terlebih dahulu? Tolong jelaskan supaya saya boleh faham dan dapat terima hakikat
ReplyDeleteada sesiapa yg dilantik lain drp tarikh 2.10.2010?
ReplyDeleteada, rugi krn dilantik bulan 11,tunggakn gaji 2bln....
ReplyDeleteada.tarikh lantikan pada 15 Oktober 2012.iaitu tarikh yang tercatat pada sijil ijazah.saya bukan GPK dan guru besar.
ReplyDeleteAssalam, saya nk tahu bagaimana pula nasib lepasan PJJ (Kohort 2) yg telah memohon pd Jan 2011 tapi belum menerima apa-apa surat temuduga hingga hari ini. Adakah kami termasuk dalam golongan 7797 org guru yang diperkatakan ini. Minta penjelasan admin. Tkasih
ReplyDeletetdk, anda perlu tunggu hingga ada jawatan kosong baru dipanggil utk interview,sekiranya tiada jawatan kosong maka anda perlu tunggu,sbb anda tdk dijanjikn utk ke gred mahupun pangkat yg lebih tinggi sungguhpun mdpt ijazah, itu adalah kenyataan spt yg tercatat dlm surat kelulusan belajar.
ReplyDeletejika sdr, sdri rasa diri anda rugi krn belajar penat tapi tdk dijanji utk ke gred lebih tinggi tlg berhenti, sbb kita belajar bkn semata-mata utk mengejar gaji tinggi namun yg lebih penting kita perlu belajar sesuatu yg baru demi menampung keperluan semasa dan itulah tanggungjawb kita sebagai pendidik yg mempunyai ilmu yg secukupnya demi melahirkan modal insan.Ilmu adalah lebih penting drp wang ringgit, sebb orang yg berilmu tdk akn miskin mana jika dia pandai menggunakan ilmunya pd tpt yg betul. Guru yg dihormati bkn disbbkn dia memiliki rumah besar mahupun kereta besar, yg penting sekali dia perlu mengutamakan komitmennya sebagai seorg pendidik dan tdk mementingkn diri.Sekiranya guru inginkn bayaran gaji yg tinggi dgn sekadar segelung ijazah, cuba fikirkn adakah anda mampu meminta bayaran yg tinggi drp majikan anda di sektor swasta hanya mempamerkn sekeping ijazah tanpa memberi apa-apa sumbangan yg ikhlas demi kepentingan syarikat. Tidak mungkin. Itu sbbnya, jika niat kita tdk betul jgn jadi guru krn kita akan merosakkan profesional ini dan anak-anak muda kita. Saya ada sorg rakan, hanya memegang sijil SRP(PMR) kerjanya penjaja bergerak. Pendapatan bulanan adalah RM8000-RM 10,000.Terbukti, jika nak kaya jgn ceburi profesion keguruan.
ReplyDeleteAdakah mereka yang sudah diperaku ke jawatan tetap dg41 dua tahun lepas semuanya tergolong dalam 7795 orang yang di janjikan oleh menteri dan timbalan menteri pelajaran?
ReplyDeleteof course,mrk merupakan calon yg tlh lulus interview dan diperakukan perlantikan ke dg41,warrant tlh dikeluarkn oleh kpm utk mengisi jawatan kosong yg ditawarkan.
ReplyDeletemacamana nak mohon kursus iduksi........
ReplyDeleteKursus Induksi- Tuan/Puan Kena rujuk kepada unit Latihan di JPN masing-masing. tkasih
ReplyDeleteterima kasih Ummi Fakhirah untuk info kursus induksi........
ReplyDeletesesiapa yg belum temuduga sila semak dekat e permohonan spp...alhamdullilah next week temuduga 19/9/2012...bersyukur
ReplyDeleteTerima kasih kepada yang membantu memberi penjelasan kepada beberapa perkara seperti induksi, yang belum temuduga dan sebagainya. Itulah sebaiknya . Siapa yang dapat info kongsikan. Namun jika ada kekeliruan better tanya SPP
ReplyDeleteslm..kpd mereka yg telah di temuduga harap2 dpt bagi clue..soalan yg ditanya....ramai akan ditemuduga 18/9-20/9/2012 ni...
ReplyDeleteKepada yang bakal kena temuduga dalam blog ni ada disediakan tip-tip untuk temuduga. Ambil ruang search taip temuduga. Namun berdasarkan pengalaman rakan yang temuduga spp ni
ReplyDelete1. Susun dokumen mengikut surat arahan
2. Temuduga mukthakhir ni dibuat secara kelompok so libatkan diri dalam perbincang
3. Baca dan faham Dasar-Dasar baru KPM
4. GTP dalam konteks pendidikan termasuk plan awal
5. Bidang dan kerjabuat di sekolah terutama kaedah p & p berkesan
6. Guna panggilan hormat berhemah kerana penemuduga bergelar Dato' atau Tan Seri dan bekas pegawai kanan kerajaan
7. Guna bahasa sopan dalam perbincangan dan jangan perlekeh atau sinikal tentang dasar atau program pendidikan kerana kita berada dalam dunia itu
8. Hujah yang bernas, logik , fakta dan aviden munasabah yang menyokong
9. Jangan perlekeh idea rakan-rakan yang lain seperti berkata "Saya tidak setuju" tapi " Izinkan saya menambah " dan sebagainya
10. Kalau nak lagi bawa pengerasla ...heheheh. TQ
Tip temuduga dalam blog ini boleh diperolehi dengan menaip Tip Temuduga di ruang "Search" atau melalui link di bawah
ReplyDeletehttp://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2011/07/tips-menghadapi-temuduga.html
tq bebanyak diatas segala pendapat, tips selama kita bercelaru dgn permasalahan pjj oum ni..sekarang kita sepatutnya bersyukur....tq pada blog ni kerana banyak info yg kita boleh berkongsi bersama.....walaupun saya bukan warga JPNT... ikhlas dari Batu Pahat, Johor
ReplyDeleteSya nk tnya mcam mna nk phon secara online tapisan keselamatan
ReplyDeletetaip e-vetting
ReplyDeleteSalam... yang akan ditemuduga 18/9 n 19/9 tu.. kohot brape? ada apa2 info untuk kohot 3 tak?
ReplyDeletewsalam yg pergi temuduga tu ada yg kohort 1 dan 2...kes tercicir mcm kami apply dg 41 pada 3/12/2010 dan kebanyakan apply pusat temuduga di Muar, Johor ( byk kes tertangguh di sini..) , diseremban, NS pun ada temuduga bermula 18/9/ ni..tempat lain saya x pasti....
ReplyDeleteApapun cara pelaksanaan temuduga dan perlantikan,kita sebagai guru kena akur.Begitu juga kita tak harus tuntut jawatan,namun klu diberi peluang kita terima.Bagi saya,ilmu itu penting.Saya pjj kohort 3,trus sambung sarjana walau belum habis nampak lega dan bangga sebagai pendidik yang berilmu.Banyak yang saya tahu dari sebelum ijazah dan sebelum mula sarjana.
ReplyDeletedpt sarjana pun bkn tentu ada ilmu.
ReplyDeleteterima kasih.......
ReplyDeletesy kohort 4,telah mohon 2011, belum temuduga.Jika terima time base ke DG34, adakah sy akan hilang senioriti di dg32 iaitu tidak memenuhi syarat 8-3 = 5 tahun untuk naik pangkat (time base) dr 41 ke 44?
ReplyDeleteagaknya bila surat lantikan akan mula dihantar ye?
ReplyDeleteSalam/disini berkongsi jawapan SPP berkrnaan status saya :
ReplyDelete'Assalamualaikum w.b.t.
Terlebih dahulu, pihak kami mengucapkan terima kasih kepada tuan atas kesudian menggunakan sistem iTanya@SPP dan semoga tuan serta keluarga sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.
2. Tuan, penolakan tawaran pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 yang pernah ditawarkan oleh Suruhanjaya ini adalah atas keputusan tuan sendiri. Jadi, tuan harus reda dengan keputusan tuan tersebut.
3. Diharapkan agar ilmu/ijazah yang tuan perolehi dapat tuan gunakan untuk kebaikan pelajar-pelajar tuan demi kemajuan agama, bangsa dan negara. Semoga ilmu/ijazah tersebut mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Diharapkan juga agar keikhlasan dan pengorbanan tuan sebagai seorang pendidik dalam menuntut ilmu/berkhidmat tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran/balasan akan mendapat pahala yang besar daripada Allah s.w.t.
4. Sila rujuk kembali kepada surat kelulusan permohonan tuan untuk mengikuti kursus secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/Sambilan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang ada menyatakan seperti berikut:
"Tuan/Puan diingatkan bahawa Kerajaan Malaysia TIDAK MENJANJIKAN sebarang jawatan yang lebih tinggi atau sebarang jawatan yang lain setelah tuan/puan memperolehi Ijazah daripada kursus tersebut."
5. Untuk makluman tuan, urusan pengambilan/pelantikan tuan ke jawatan tetap sebagai PPPS Gred DG41 akan diuruskan oleh Suruhanjaya ini setelah mendapat pengesahan perjawatan PPPS Gred DG41 yang baru dari KPM selaku Ketua Perkhidmatan tuan.
6. Harap tuan dapat bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman dan mempunyai sifat sabar adalah penting dalam diri/jiwa seseorang pendidik yang menjalankan tugas yang mulia dan diredhai oleh Allah s.w.t.
7. Jika tuan mempunyai sebarang masalah/pertanyaan lanjut, tuan bolehlah menghubungi pihak kami.
Sekian, terima kasih.
Bilakah agaknya surat arahan penempatan semula DG41 akan dikeluarkan ?
ReplyDeletesaya pun masih menunggu-nunggu surat penempatan semula dg41, hajata dihati ingin memohon dg32hakiki, tapi rasanya macam dah x layak sbb surat 41 dalam perjalanan takut tidak diterima lagi......... ada pandangan
ReplyDeleteSaya pun dah tawar hati nak memohon dg32hakiki. Yang pasti kalau ikutkan tarikh...bulan 1 Nov ni cukup tempoh untuk dapat timebased DG34. DG41 dalam perjalanan...macam mana ? Ada pandangan...
ReplyDeleteInsyaalah surat penempatan dan tawaran dg41 bagi Terengganu akan selesai minggu ini. Kita akan maklumkan bila boleh ambil surat dan di mana boleh ambil di JPN @ PPD serta senarai nama yang terlibat dalam blog ini. Harap bersabar...
ReplyDeleteTerima kasih atas makluman
ReplyDeleteSaya ada kemusykilan mengenai lantikan dg41, adakah semua guru yang menerima tawaran dg41 perlu mengikuti kursus induksi semula, sedangkan semasa peringkat DPM telah pun lulus induksi.......... harap mana-mana pihak ada maklumat boleh kongsi
ReplyDeletePada pendapat saya, guru hanya sekali saja perlu kursus induksi. Cuma yang tidak pasti, adakah guru-guru lulusan STPM yang telah menduduki peperiksaan am kerajaan (dulunya tak payah induksi jika ambil peperiksaan am kerajaan utk sah jawatan)perlu duduki induksi untuk lantikan DG41 ?
ReplyDeletesenang cerita mana mana guru yang telah lulus kursus induksi sebelum ini tidak perlu lagi ambil.yang penting sekarang ialah surat lantikan sahaja.tunggu ajelah
ReplyDeleteassalamualaikum.. pada pendapat saya yang daif ini sudilah kiranya pihak USR siarkan/senaraikan dahulu nama-nama merekay ng terlibat dalam isu perlantikan dg41 ni.surat tu kemudianlah.rasanya rasa berdebor ni boleh hilang kalau nama ada dalam senarai.tq
ReplyDeletebetul juga tu......
ReplyDeleteSetuju....siarkan nama dahulu lebih baik
ReplyDeletehuhuu sedihnya, nama belum ada lagi ni dalam list yang dikeluarkan
ReplyDeleteHUHU KASIHAN SAYA, DALAM BANYAK NAMA YANG DIKELUARKAN NAMA SAYA TIADA DALAM SENARAI, AGAKNYA KENAPA YE? ADA SILAP DI MANA2 KE?NAK KATA ADA MASALAH TATA TERTIB, OH, TIDAK! SAYA BUDAK YANG BAIK PUNYA.DALAM KELAS SAYA, HANYA SAYA DAN SEORANG RAKAN SAYA YANG LUM DILANTIK. YANG LAIN DAH SELAMAT. KE KAMI BERDUA NI NAK DILANTIK JADI GPK/GB? EHH, LUPA! TAK ISI BORANG PUN.(KECEWA PUNYA PASAL)
ReplyDeleteMungkin tarikh surat tawaran lewat sikit kot. Bukan 15-08-2012 ! Selepas tu......bulan Sept ke ? Tunggu giliran seterusnya barangkali.....ada surat lantikan seterusnya. Insya-Allah...
ReplyDeleteSaya pun belum menerima surat lantikan dg41, kenape ekkkkkkkkk, saya sudahpun menelefon pegawai spp, beliau memaklumkan tarikh lantikan saya ialah 02 oktober 2011, untuk maklum juga saya sebelum ini berkhidmat disarawak, namun semua urusan telah pun diselesaikan oleh kpm dan diserahkan oleh pegawai spp terengganu........... masih menungggu
ReplyDeleteSalam... Ada sesiapa tau sama ada nak atar Kew 8 tahun 2012 atau Kew 8 masa lantik DG41 dulu iaitu 2-10-2010 bersama Surat setuju terima DG41 kpd SPP ?
ReplyDeleteSalam sejahtera. Saya guru DG32, September lalu baru terima surat lantikan Dg41. Tarikh lantikan ialah 02-10-2010. Di sini, saya nak tanya, adakah saya akan dapat HAdiah Kenaikan GAji? Macam mana nak tahu tangga gaji dg41 saya pada oktober 2010? Boleh siapa bantu saya?
ReplyDeletex......sbb.....krisis dana kewangan krjaan ....
ReplyDeletesaya ada satu soalan. saya dapat tawaran ke dg32 hakiki berkuatkuasa 16 september 2012. dalam masa yang sama saya juga mendapat surat dg 41 bertarikh 30 september 2012. lantikan tetap ke dg 41 ialah pada 15 okt 2010. sekiranya saya menerima tawaran 32 hakiki adakah saya akan hilang senioriti dg41 tersebut? patutkah saya menerima tawaran 32 hakiki?
ReplyDeletemasih ramai lagi blm dpt surat tawaran perlantikan!
ReplyDeletesaya pun belum dapat surat tawaran pelantikan. Mengikut portal SPP tarikh surat pelantikan saya pada 3-9-2012.Kenapa?Sudah 3 bulan surat masih tak sampai. Kena tunggu sampai bila ????
ReplyDeleteSaya pun belum dapat. Nama pun belum ada tarikh portal pun sama.
ReplyDeleteSaya pun belum dapat. Nama pun belum ada tarikh portal pun sama.
ReplyDeleteSaya pun belum dapat surat perlantikan. tapi kawan-kawan sama kursus yang sama dapt surat perlantikan pada bulan aktober 2012. Saya rasa tidak adil berbuat demikian.
ReplyDeleteSaya kohort 2 oum habis belajar bulan April 2010. gradute pada bulan November 2010. Temuduga bulan Mei 2011.Keputusannya Diperakui lantikan tetap. Masih menunggu surat lantikan.Tiap-tiap hari buka portal spp.rasa hamba dan frust. tada mood nak kerja. menunggu masa yang lama terasa muak dan loya.
ReplyDeletesapa nak tolong kita yg tercicir ni? sampai bila nak menunggu.....
ReplyDeletesa
ReplyDeletesalam.. sy ingin brtnye skrng sy mengajar di program pendidikan khas integrasi ... sudah menamatkn pelajaran diperingkat ijazah sarjana muda pendidikan serta teknologi kemahiran hidup. adakah sy akan mendapat surat penempatan di tempat asal mengajar
ReplyDeletesaya telah menghadiri temuduga pada 26 Sept 2012, dan diperakukan lantikan tetap,tetapi sekarang tak dapat check status permohonan dalam web spp, kenapa ?
ReplyDeletesaya cuba semak status permohonan tetapi yang keluar HARAF MAAF. TIADA DALAM REKOD...kenapa jadi macam ni? panik juga jadinya...TOLONGGGGG JELASKAN
ReplyDeletetaip semakan online spp masukan ic no.
DeleteJanji ditepati..Bila? Jgn tanya..... Hampasss..
ReplyDeleteada rakan apply dg41 online pd 26.11.2010 , tarikh perlantikan yg dberi oleh spp 1 .12.2011, mengapa bknnya OKT 2011?
ReplyDeletesepatutnya mengikut pekiling 2010...apply 2010 tarikh lantikan okt 2010...apply 1.1.2011 tarikh lantikan okt 2011....tetapi bermula bulan julai 2012 pekililing ini digantung...iyg 7000 lebih terlepas dri penggantungan yg malang adalah kami apply dec 2010...temuduga beku...temuduga sept 2012..rase yg mcm kami ni yang teraniaya..terutama kohort 1 dan 2...( perasaan seperti diatas sudah mcm terasarasa kami akan dilantik ikut tahun semasa..2012)..apa-apapun kami akan buta rombongan ke KPM...kami dr kohort 1 dan 2...mangsa keadaan
ReplyDeleteURUSAN TAWARAN PELANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI CALON PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) YANG TELAH DITEMU DUGA MULAI SEPTEMBER 2012 HINGGA FEBRUARI 2013
ReplyDeletePegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda melalui program pensiswazahan secara sepenuh masa atau melalui Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan telah ditemu duga oleh Suruhanjaya mulai 18 September 2012 hingga 7 Februari 2013, urusan pelantikan calon yang diperaku dalam temu duga sedang diproses secara berperingkat-peringkat mengikut tarikh temu duga mulai 25 Mac 2013. Surat tawaran pelantikan akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk urusan penempatan.
Muat naik pada 26 Mac 2013
MENGAPA PENGELOLA DI JPN/KPM/PPD/BTPN TIDAK DI BERI DG 41 KUP, BILA DAPAT DG 41. KENA TURUN KE SEKOLAH MENGAJAR DARJAH 1,2,3 DAN SETERUSNYA.
ReplyDeleteHARAP SPP/BPSM LIHAT PERKARA INI.
Mohon jawapan kalian...jika guru mendapat tawaran perlantikan dg41pada julai 2013.tarikh lantikan back date ke 2.1.2013.kembali pakej setuju terima tawaran dg41 pada bulan sep. Pada awal tahun 2013 telah temuduga jwt gpk dan berjaya pada nov 2013... bolehkan guru menolak perlantikan untuk menjawat jawatan gpk?
ReplyDelete