Kami ingin merakamkan setinggi tahniah kepada pengurusan sekolah, para guru Tahun 6 terutamanya dan murid-murid Tahun 6 di SK Sultan Sulaiman 2 dan SK Losong. Mereka semua telah cukup bersedia untuk menghadapi UPSR pada Selasa nanti. Tentunya para guru dan murid Tahun 6, SK Sultan Sulaiman 2 ingin membuktikan bahawa mereka juga mampu menyaingi jiran mereka SK Sultan Sulaiman 1 yang bertaraf Sekolah Berprestasi Tinggi kerana mereka juga memiliki apa yang SK Sultan Sulaiman 1 miliki. Para guru dan murid SK Sultan Sulaiman 2 harus menyedari "bahawa apa sahaja kejayaan yang luarbiasa yang dicapai bukan dihasilkan oleh manusia-manusia luar biasa tetapi oleh manusia-manusia biasa yang berfikir, berusaha, bersemangat dan beriltizam secara luarbiasa"
Kita ingin melihat SK Sultan Sulaiman 2, SK Losong dan sekolah-sekolah primier di Kuala Terengganu bukan lagi seperti hari ini sebagai sekolah biasa-biasa tetapi sekolah terhebat luarbiasa dalam semua aspek pencapaian. Kita yakin itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. ....
Kami menerima satu email dari seorang Guru Bimbingan untuk dikongsi dengan anak-anak kita sebagai tips mudah mengurangkan stress atau tekanan :
Tip
mudah hilangkan stress atau tekanan untuk calon-calon UPSR 2012
Setelah
sekian lama berjuang dalam pelajaran, tibalah masanya murid tahun enam akan
menduduki peperiskasaan UPSR pada 11-13 Sepetember 2012. Saya terpanggil untuk
menitipkan beberapa coretan petua untuk menjadi rujukkan murid-murid bila
berhadapan dengan keadaan panik dan tertekan.
Pertamanya
kita harus mengesan tanda-tanda panik atau tekanan yang berlaku. Tanda-tanda
tekanan yang sering berlaku kepada calon UPSR adalah seperti berikut:
- · bimbang… perubahan tingkahlaku
- · rungsing….tiada selera atau terlalu berselera makan
- · tidak boleh tidur atau semakin kuat tidur
- · murung, sensitif, marah, sedih dan resah gelisah
Bagaimana
caranya untuk menghilangkan rasa tekanan ini….
- 1. Semestinya kita sebagai umat islam harus memperbanyakkan bacaan al-Quran dan sembahyang sunat selain sembahyang lima waktu.
- 2. Murid-murid boleh mengira dangan perlahan atau mengira dalam hati. kira (bilang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10) sehingga murid-murid berasa tenang.
- 3. Semasa berada di rumah atau sebelum turun ke dewan peperiksaan murid-murid boleh menyiram pokok bunga dengan mengunakan getah paip. Hujung getah paip diletakkan dimuka hadapan ibu jari dan pancurkan air tersebut kerana di sekitar muka depan ibu jari ada urat-urat yang boleh menenangkan jiwa seseorang.
- 4. Ambil sehelai kertas dan sebatang pen. Buat bulatan diatas kertas tersebut dengan mengunakan pen sehingga murid-murid berasa tenang.
Diharapkan
dengan sedikit tips itu dapat meredakan tekanan yang dihadapi oleh murid-murid
clon UPSR 2012. Sekian wasalam.
Wan
Abdul Razzak Wan Yaacob
Guru
Bimbingan Dan Kaunseling(Kaunselor)
SK
Ceneh Baru, Kemaman
0129461063
No comments:
Post a Comment