Wednesday, September 26, 2012

Pemantauan Pengurusan Kewangan Sekolah

KEMAMAN - Jabatan Pelajaran Negeri melalui Unit Akaun dan Kewangan  Unit Sekolah Rendah dan PPD sedang mengadakan pemantauan pengurusan kewangan kepada beberapa buah sekolah "terpilih" bagi membantu mereka memperbaiki dan memantapkan pengurusan kewangan mengikut prosidur dan tatacara pengurusan kewangan yang betul. Hasrat jabatan bukan sahaja tiada sekolah akan menerima audit berteguran tetapi setiap sen peruntukan kerajaan dapat dimanafaat semaksima mungkin bagi tujuan pendidikan anak-anak.

Hari ini rombongan ini memantau pengurusan kewangan di SK Sungai Pergam dan SK Cherul. Banyak isu-isu pengurusan kewangan yang kritikal dan kronik dapat diselesaikan.

Berasaskan pemerhatian dan penemuan isu pengurusan kewangan terjadi bilamana Guru Besar dan Pembantu Tadbir yang mengurus kewangan kurang cakna, tidak berilmu, bersikap sambil lewa,tidak telus, gagal mengurus dokumen kewangan dengan baik dan kurang integriti. Kita dapati ada laporan mengatakan terdapat segelintir sekolah tidak dapat mengurus dokumen kewangan dan gagal menyediakan penyata audit dengan memberi pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Kita di jabatan memandang serius perkara ini dan mengingatkan Guru Besar walau apa dan bagaimana sekali, akauntebaliti (kebertanggungjawaban) Guru Besar dalam pengurusan kewangan tidak akan terlepas walau bertukar atau bersara. Sudah ramai pengurusan sekolah akibat kecuaian dan tidak integriti dalam pengurusan kewangan dikenakan tindakan Arahan Perbendaharaan sama ada surcaj seperti membayar balik kepada kerajaan, tidak disahkan perlantikan naik pangkat, diturunkan pangkat dan sebagainya. Kita tidak mahu tragedi itu melanda Guru Besar kita, apa lagi sesuatu itu yang mereka mampu buat dengan mudah.

Kita amat berharap rakan-rakan Guru Besar menjadikan pengurusan kewangan sebagai salah SKT utama mereka. Sepatutnya di zaman ledakan teknologi , perjawatan sokongan pentadbiran dan kewangan yang mencukupi, sistem pengurusan yang dinamik dan telus, pengurusan kewangan sekolah sewajarnya menjadi bertambah cekap, mudah dan manafaatnya sampai kepada pelajar dengan semaksima mungkin .


No comments:

Post a Comment