Tuesday, January 10, 2012

Tawaran Masuk ke Tingkatan 4, Pusat PERMATApintar Negara,UKM Tahun 2012

 

Tahniah dan syabas !!!!! kepada pelajar yang telah berjaya menerima tawaran kemasukan ke tingkatan 4 di Pusat PERMATApintar Negara  bagi Tahun 2012

Ujian Saringan PERMATA pintar UKM1, telah bermula pada 1Feb hingga 30 April 2011, yang mana penyertaannya seramai 11,666 pelajar  dari sekolah rendah dan sekolah menengah di Terengganu (tahun 2 hingga tingkatan 3 sahaja).Dari jumlah tersebut, seramai 208 pelajar  telah lulus dengan cemerlang dalam ujian saringan tersebut.Seterusnya pelajar tersebut akan mengikuti pula Ujian saringan PERMATApintar UKM2 pula, yang telah diadakan secara berperingkat bermula bulan Jun hingga Ogos di pusat-pusat ujian yang telah ditetapkan oleh KPM dan jumlah murid telah berjaya dalam ujian saringan tersebut hanya seramai 32 orang sahaja.

Mereka ini telah ditawarkan pula mengikuti Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintar UKM, Bangi Selangor yang bermula pada bulan 19 Nov- 13 Dis 2011 baru-baru ini.Seramai 10 orang pelajar dari tingkatan 3 hadir bersama dalam perkhemahan tersebut telah mengikuti ujian saringan UKM3 sebagai syarat bagi kemasukan ke tingkatan 4 di Pusat PERMATApintar Negara.Alhamdulillah seramai 5 orang pelajar telah berjaya melepasi ujian saringan tersebut dan seterusnya ditawarkan kemasukan ke tingkatan 4 di Pusat PERMATApintar Negara, UKM Bangi Selangor.

Maklumat lanjut, sila hubungi 09-6213110 ( En Azmi ) atau 09-6213233 ( En Hamid ) atau klik di sini

No comments:

Post a Comment