Popular Posts

Sunday, January 15, 2012

Senarai Nama Guru Baru Dan Daerah Penempatan di Terengganu

KUALA TERENGGANU -  Alhamdulillah sebagaimana yang dijanjikan setelah urusan selesai maka dengan ini kita uploadkan senarai nama dan daerah penempatan. 

Kita berharap guru baru dapat menerima penempatan ini dengan hati terbuka dengan mengutamakan rasa syukur kerana ditempatkan di negeri Terengganu. Selain menginsafi akan ramai lagi guru senior anak negeri yang berbelas tahun berada di luar dan tidak berpeluang lagi kembali ke Terengganu. 

Kita berharap dengan ketetapan daerah penempatan ini tidak ada guru baru berusaha dengan apa jua talian hayat untuk mengubahnya kerana ianya bukan keputusan individu tetapi keputusan panel. Di samping tindakan sedemikian bercanggah dengan Tatakelakuan Pegawai Awam 1993. 

Kadang kita meminta pada  ALLAH setangkai bunga yang indah,tetapi ALLAH SWT berikan kita kaktus yang berduri. Kadangnya kita meminta seekor rama-rama yang cantik,tetapi ALLAH SWT berikan kita ulat.

Kita pun sedih,kecewa,bahkan marah !!! Namun kemudiannya kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama cantik.Itulah jalan ALLAH SWT,indah pada waktuNya! ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,tetapi ALLAH SWT……memberikan apa yang kita perlukan !

Kadang kita sedih,kecewa,terluka…berburuk sangka…tapi  jauh di atas segalanya…ALLAH sedang merungkai yang TERBAIK dalam kehidupan kita…Agar kita belajar  untuk selalu ikhlas dan redha dengan  harapan  hari-hari yang ditempuh penuh BERKAT DAN DIREDHAI.

Senarai penempatan : KLIK


0 ulasan:

Post a Comment

MAKLUMAN / PENGIKLANAN