Tahniah dan Selamat Bertugas kepada semua Guru Besar dan GPK yang bertukar dan ditawarkan kenaikan pangkat pada 1 Januari 2012. Kita amat berharap kehadiran tuan/puan ke sekolah baru ini dapat menyemarakkan lagi motivasi dan daya usaha warga sekolah memburu kecemerlangan.
Sementara yang masih belum dapat lagi bertukar walaupun telah memohon diharap dapat bersabar kerana dengan opsyen SBPA yang masih belum tamat hingga 15 Januari nanti, kami sedang mengesan dengan teliti siapa kalangan Guru Besar dan GPK yang bersara dan sambung hingga enampuluh tahun. Sementara senarai pemangkuan Guru Besar baru masih belum diterima daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia maka untuk sementara waktu GPK1 hendaklah menjalankan tugas bagi sekolah yang belum dapat diisi Guru Besarnya. Sementara bagi urusan GPK kita tiada masalah di mana senarai temuduga terbaru yang diluluskan untuk tahun 2012 boleh digunapakai dan senarai tahun 2011 automatik telah terlupus pada 31 Disember 2011.
Surat pertukaran pada 1 Januari 2012 boleh didapati di PPD masing-masing mulai hari ini. Senarai lengkap klik DI SINI
Popular Posts
-
Sukacita dimaklumkan, bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan pemangkuan bagi PPPLD gred DGA32 ke gred DGA34 (Bid...
-
Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Dalam Talian UKM1 ,Tahun 2011. Terbuka kepada semua Pelajar berusia 8 - 15...
-
Kepada semua Pengetua dan Guru Besar, Negeri Terengganu PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA pintar UKM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012 1. S...
Tuesday, January 3, 2012
Pertukaran dan Penempatan Guru Besar dan GPK kuatkuasa 1 Januari 2012
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 6:16:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 ulasan:
Post a Comment