KUALA TERENGGAU - Semua sepuluh orang Guru Besar SJKC Terengganu telah menghadiri Mesyuarat Pengurusan SJKC Kali 1/2012. Mesyuarat berkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu, Jabatan Pelajaran Negeri. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Zakariah bin Ali. Turut hadir Ketua Unit Sekolah Rendah dan Penyelia Kanan SJKC JPN Terengganu.
Ketua Sektor Sekolah dalam ucapannya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua Guru Besar SJKC di atas sumbangan bagi menjayakan program pendidikan negeri tahun 2011 dan berharap usaha berkenaan dapat dipertingkatkan . Beliau juga mengingatkan semua Guru Besar SJKC tentang pelbagai dasar tranformasi pendidikan yang diperkenalkan kerajaan. Tegas beliau setiap murid mesti mendapat hak mereka dari segi ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni . Nilai murni utama kita ialah mengujudkan perpaduan justru itu segala fokus pendidikan dan pembangunan ialah mengujudkan persefahaman dan perpaduan dan atas konsep itulah ujudnya Malaysia. Sehubungan itu semua pihak harus menyedari perubahan yang dibuat bukan menjadikannya sebagai isu melulu. Maka sebab itulah ada guru bukan bahasa ibunda untuk mengajar Bahasa Inggeris di SJKC dan SJKT sebagai salah satu strategi transformasi perpaduan.
Beliau juga mengingatkan Guru Besar SJKC bahawa pendidikan adalah tuntutan masyarakat justru itulah kita lihat ada program Bahasa Cina atau Tamil di Sekolah Kebangsaan bukan sahaja sebagai alat perpaduan tetapi juga memenuhi aspirasi masyarakat yang mahukan hal demikian melalui kajian strategik yang dilaksanakan oleh KPM.
Ketua Sektor Sekolah juga menyarankan agar segala isu yang timbul perlu diselesaikan melalui rundingan untuk mencari strategi penyelesaian bersama bagi kebaikan bersama. Beliau juga berharap setiap Guru Besar SJKC mempunyai visi dan misi yang jelas agar segala program boleh difokus untuk mencapaianya.
Sementara itu Ketua Unit Rendah memaklumkan beberapa penempatan baru guru di bawah dasar atau pendekatan baru guru Bahasa Inggeris ke SJKC yang terdiri dari Guru Melayu lepasan KPLI. Guru-guru yang ditaging di bawah SJKC tidak boleh ditempatkan di SK. Beliau berharap Guru Besar SJKC memahami dasar ini dan memaklumkan dengan jelas kepada mana-mana pihak yang mungkin kurang faham tentang perkara ini.
Popular Posts
-
Sukacita dimaklumkan, bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan pemangkuan bagi PPPLD gred DGA32 ke gred DGA34 (Bid...
-
Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Dalam Talian UKM1 ,Tahun 2011. Terbuka kepada semua Pelajar berusia 8 - 15...
-
Kepada semua Pengetua dan Guru Besar, Negeri Terengganu PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA pintar UKM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012 1. S...
Tuesday, January 17, 2012
Mesyuarat Pengurusan SJKC Terengganu
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 11:27:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 ulasan:
Post a Comment