Ukuran kecemerlangan dan prestasi sekolah tidak lagi semata-mata dinilai berasaskan pencapaian jumlah semua A calon dalam peperiksaan awan sahaja tetapi meliputi aspek keseluruhan berasaskan skor dan data ukuran rujukan tertentu. Sebagai contoh berapa skor SKPM, berapa GPS atau berapa Band sekolah ? Itulah antara terma dan petunjuk prestasi kecemerlangan yang digunapakai sekarang.
Ramai di antara kita kurang jelas bagaimana sekolah diranking berdasarkan "Band" dibuat oleh KPM?Ada sekolah berada di Band 1,Band 2 hinggalah ke Band 7. Penentuan asas Band ditentukan berdasar SKPM dan GPS sesebuah sekolah.SKPM menyumbang 30% dan GPS menyumbang 70% = 100%.Proses pengiraan telah diformulakan. Daripada jumlah skor dua komponen itulah diperolehi jumlah skor komposit bagi penentuan kedudukan band sesebuah sekolah. Daripada skor komposit itulah ditentukan Band bagi sekolah rendah, Skor 85 - 100 (Band 1),75 -84.99(Band 2),65 - 74.99(Band 3),60 - 64.99(Band 4),50-59.99(Band 5),40 - 40.99(Band 6) dan kurang 40 (Band 7).
Pencapaian Band bagi sekolah rendah Terengganu telah menunjukkan peningkatan yang sangat membanggakan sama ada Band 1 atau Band 5, 6, dan 7. Pada tahun 2010 hanya 14 sahaja sekolah telah mencapai Band 1 tetapi pada tahun 2011 sebanyak 28 buah atau sekali ganda sekolah mencapai Band 1. Pada tahun 2010 ada SK Sungai Pergam dan SK Sungai Berua berada di Band 7 dan SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu berada di Band 6 dan SK Pendidikan Khas Besut berada di Band 5 tetapi pada tahun 2011 kedua SK Pendidikan Khas berada di Band 5 dan SK Sungai Berua telah berada di Band 6. Salah satu sekolah di Band 7 ialah SK Nyiur Tujuh tetapi skor sekolah ini belum sempurna kerana mereka tiada UPSR. Kami sangat yakin tahun 2012 SK Nyiur Tujuh akan terkeluar dari Band 7 ini.
Kita berharap elemen-elemen yang menentukan skor komposit bagi penentuan Band Sekolah perlu diberi perhatian oleh pengurus sekolah. GPS sekolah adalah elemen tetap yang tidak boleh diubah dan dipinda tetapi SKPM sekolah adalah yang sekolah isi secara kendiri. Apabila sesebuah sekolah dicalon sama ada Kluster atau SBT dan dinilai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti maka SKPM yang sekolah nilai itu akan divarifikasi (disemak dan diuji) untuk pengesahan. Contoh varifikasi Dimensi 1,Elemen 1-Visi dan Misi ialah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan tanya guru,murid dan pekerja sekolah tentang visi dan misi sekolah bagi melihat sejauh mana ianya dikomunikasikan.
Banyak sekolah yang dicalonkan tidak mendapat anugerah New Deal kerana gagal dalam verifikasi SKPM; skor yang ditulis tidak sama dengan realiti sebenar.
Kita ucapkan tahniah kepada semua sekolah yang berjaya meningkatkan kedudukan Band sekolah masing-masing.Kedudukan Band setiap sekolah mengikut keputusan mesyuarat pengurusan tertinggi jabatan akan dilabel sebagai pengenalan kepada umum kedudukan band sekolah berkenaan. Kita berharap usaha berterusan melonjakkan kedudukan dan mengubah band ke arah lebih baik ini menjadi agenda utama sekolah.
Band SR Terengganu 2011. KLIK
No comments:
Post a Comment