CADANGAN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya sekolah mempertimbangkan waktu rehat lebih awal kepada pelajar sangat baik dan berfaedah. Fenomena kebanyakan pelajar sekolah tidak sempat bersarapan pagi di rumah atau di mana saja bukan isu baru. Ia lama disedari kebanyakan pihak.
Tetapi kesedaran ini hanya tinggal kesedaran tanpa ada apa-apa tindakan diambil untuk mengatasinya. Implikasinya, pelajar di negara kita melalui proses pembelajaran seharian dalam keadaan perut kosong dan tidak bermotivasi setiap hari.

Mengikut ahli psikologi Abraham Maslow (1908-1970), melalui teori Hierarki Keperluan yang diperkenalkannya (1940-1950), makan minum adalah keperluan peringkat asas bagi seseorang manusia di samping tempat tinggal, rehat/tidur, seks dan seumpamanya. Tanpa memenuhi keperluan peringkat asas ini manusia tidak akan bermotivasi untuk mendapat keperluan lain.
Dalam konteks ini, secara mudah seorang pelajar yang dalam keadaan lapar tidak akan berminat untuk memberi perhatian kepada perkara lain (untuk mengikuti pelajaran contohnya) kerana motivasi dirinya pada masa ini hanya untuk mendapatkan makan dan minum bagi memenuhi keperluan yang asas ini. Ini berasaskan teorinya yang menegaskan manusia bermotivasi apabila dapat memenuhi setiap peringkat keperluan diri.
Bayangkan bertapa baiknya seorang pelajar yang dapat belajar dengan penuh minat, bermotivasi, mudah memahami pelajaran, cergas dan aktif dalam proses pembelajaran kerana mereka belajar dalam keadaan keperluan asas makan minum sudah dipenuhi.
Sebaliknya segala potensi diri yang berharga tidak dapat dipupuk oleh guru dan akan terabai begitu saja apabila mereka dipaksa belajar dalam keadaan keperluan asas makan dan minum masih lagi belum dipenuhi.
Justeru, cadangan ini harus diambil serius dan dilaksanakan segera dengan cara mengubah suai jadual pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid mendapat keperluan asas makan minum sebelum mereka memulakan proses pembelajaran. Saya yakin jika perkara ini dapat dilaksanakan dengan penuh kesedaran oleh semua warga pendidikan, bidang pendidikan negara akan mampu melahirkan warga negara yang lebih berjaya, maju dan sejahtera di masa akan datang.

HASSAN SALLEH,
Kuala Terengganu.
Sumber : Berita Harian Online 06/01/2012
No comments:
Post a Comment