Kerapkali saya ditanya oleh rakan dan sahabat guru tentang bila lagi kami dapat bertukar ? Bila lagi dapat peluang naik pangkat Guru Besar atau GPK ? Saya dah temuduga GPK bila lagi peluang saya nak dilantik GPK? Saya dah habis belajar, lantiklah saya GPK kerana jika dah dilantik DG41 saya tiada peluang lagi. Saya GPK Hem kalau kekosongan selain dari itu saya tak nak bertukar.Saya tak yakin nak jadi Guru Besar sekolah besar, sekolah hak kecil ada tak ? Dan... macam-macam lagi.
Kadang-kadang saya tersenyum sendiri mengenangkan itu. Kadang-kadang saya provok dengan guraun yang mungkin bagi setengah orang melampau tapi kadangnya cara itu berkesan untuk memberi mereka faham. Contohnya "boleh, dema ajak geng-geng Guru Besar atau PK minum dan bubuh racun tikus...heheh bolehla demo jadi GPK atau tukar". Biasanya dengan nada bersahaja dan ketawa. Bagi setengah orang gurauan itu mungkin melampau tapi mesej mudah
"kalau ada kekosongan" bolehlah ditukar atau dilantik Guru Besar atau GPK. Kekosongan Guru Besar atau GPK hanya berlaku melalui penyandang bertukar ke luar negeri, penyandang naik pangkat lebih tinggi, penyandang bersara atau penyandang meninggal dunia.
Pada tahun 2011 kita mempunyai ruang kekosongan yang agak besar bagi jawatan Guru Besar atau GPK yang berlaku kekosongan kerana salah satu sebab di atas lebih-lebih kerana genap umur persaraan wajib atau pilihan. Maka kita dapat mengisi calon-calon baru Guru Besar dan GPK sebagaimana berikut:
- Guru Besar - 43 perjawatan
- GPK - 116 perjawatan
Bagaimanapun pada tahun 2012 hasil dari pengenalan persaraan 60 tahun dan skim baru SBPA ramai Guru Besar dan GPK yang sepatutnya menamatkan perkhidmatan pada tahun ini telah menyambung ke umur persaraan 60 tahun. Data yang kami perolehi daripada Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan mengenai Guru Besar dan GPK yang bersara pada tahun 2012 (pilihan 55,56 dan 58 tahun) adalah sebagaimana berikut:
- Guru Besar - 18 orang
- GPK - 22 orang
Berasaskan data di atas bermakna kekosongan jawatan Guru Besar dan GPK sangat terhad berbanding tahun 2011. Ini bermakna peluang sangat sempit. Justru itu kita akan menawarkan Guru Besar dan GPK seratus-peratus mengikut ranking tanpa ada sebarang pelangkauan. Bermakna calon-calon yang berada pada top ranking sahaja kemungkinan mampu ditawar dan jika mereka menolak kita tidak akan beri sebarang pilihan untuk mengubah tempat tawaran sebaliknya menawarkan kepada calon seterusnya. Peluang tidak datang berkali-kali.
Kita berharap dengan penerangan ini semua yang berkaitan dalam urusan ini mendapat maklumat yang jelas apabila ditawarkan naik pangkat atau pertukaran serta membuat keputusan dan pilihan yang tepat. Ruang semakin sempit dan kritikal.
Itulah natijah sbpa....bgaimana nasib mereka yg baru habis bljar.....lmbat lg le nak dpt kerja...
ReplyDelete