Monday, January 16, 2012

Taklimat dan Penyampaian Surat Penempatan Guru Baru

KUALA TERENGGANU - Seramai 111 orang guru baru selamat menerima surat penempatan mereka daripada En. Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di Permai Hotel, Kuala Terengganu hari ini. Turut hadir ialah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Unit Sekolah, Ketua Unit Prasekolah dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pegawai dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD seluruh negeri Terengganu.

Semua 111 orang guru ini adalah lulusan program KPLI (54 orang), TESL (11 oarang) dan PISMP (46 orang) yang terdiri daripada pelbagai opsyen khususnya Bahasa Inggeris, Prasekolah dan Pendidikan Khas.Majoriti adalah dari negeri Terengganu. Sesuatu yang membangggakan majoriti nampak gembira dengan penempatan ini walaupun ada sebilangan kecil ditempatkan di sekolah-sekolah  pedalaman.

 Timbalan Pengarah Pelajaran  semasa menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan mengingatkan guru-guru baru agar bersyukur kerana ditempatkan di Terengganu kerana geografi dan lokasi sekolahnya dihubungi dengan  kemudahan jalan raya dan keperluan asas yang mencukupi. Tambah beliau lagi guru baru juga wajar bersyukur diterima dalam perkhidmatan awam kerajaan yang menjanjikan peluang yang sangat baik dan lumayan. Beliau juga menyeru agar para guru baru sentiasa terus mempertingkatkan kebolehan, kemahiran dan ilmu ke peringkat lebih tinggi sesuai dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi.

Sementara itu para guru baru telah diberi pelbagai input berkaitan pengurusan orientasi sekolah, perkhidmatan dan motivasi oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Sektor Pengurusan Saikologi & Kaunseling, Ketua Unit Rendah dan Penolong Pengarah Pengurusan Guru. Kita sangat berharap input-input berkaitan dapat membantu guru baru bersedia dengan kekuatan fizikal, mental dan spritual dalam memasuki gerbang baru sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dengan lebih yakin dan bersemangat.

Kita juga berharap pemimpin sekolah dan warga sekolah dapat menerima guru baru tanpa syarat untuk menjadi ahli keluarga besar sekolah berkenaan. Bantu, bimbing dan pimpinlah mereka menghadapi realiti pendidikan dengan penuh berhemah, bijaksana dan sebenarnya. Walaupun mereka mempunyai latarbelakang pendidikan tinggi namun dalam urusan pendidikan atau "the art of teaching" guru-guru lama di sekolah mungkin lebih mahir dan berpengalaman. Alangkah baiknya dengan kemahiran yang kita ada kita dapat melatih mereka supaya kuantiti guru yang mahir dan beriltizam tinggi semakin ramai bagi memugar keterbilangan pendidikan anak bangsa kita.

Selamat bertugas kepada guru baru, khidmat anda sangat bererti kepada murid di sekolah anda ditempatkan. Lembutkan lidah, ringankan tulang, rendahkan ego anda akan disayangi dan dihormati semua orang.

Senarai nama dan sekolah penempatan KLIK

No comments:

Post a Comment