KUALA TERENGGANU - Kadang-kadang terasa lucu ada, seronok ada, pilu pun ada bila mengunjungi hari pertama di sekolah angkat, SK Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Lucunya bila tengok keletah murid-murid prasekolah dan tahun satu. Ada yang menangis, mengantuk, gembira dan macam-macam lagi. Lucunya juga tengok ibubapa yang duduk menunggu anak-anak prasekolah dan tahun 1. Dalam hati saya terdetik alangkah baiknya jika kecaknaan ibubapa ini kekal sampai remaja pasti anak-anak anugerah dan amanah Allah ini akan menjadi manusia terbilang.
Seronoknya bila anak-anak meraikan hari pertama dengan persediaan dan penuh keceriaan. Teringat zaman menjadi Guru Besar kali terakhir tahun 2005 tentang suasana pembukaan hari pertama sekolah. Sibuklah kita sebagai Guru Besar melayan karenah anak-anak prasekolah dan tahun 1 serta para ibubapa di samping memastikan guru ada di kelas masing-masing. Pilu pula entah bilala zaman itu akan kembali lagi. Zaman seronoknya menjadi guru di sekolah. Kalau ada guru sudah tidak seronok berada di sekolah, tidak seronok dengan budak-budak malanglah.
Alhamdulillah secara umumnya pengurusan hari pertama di SK Teluk Ketapang berada dalam keadaan baik dan sempurna. Tahniah kepada Guru Besar, GPK dan semua guru juga YDP PIBG yang perihatin dan mengambil persediaan awal. Dan kita yakin pasti ada sedikit sebanyak ruang yang boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa agar sentiasa lebih baik. Jika prinsip ini dihayati kita pasti SK Teluk Ketapang akan tersohor dan terbilang seperti sekolah lain. Marilah mulakanya sekarang.
Iklan- Kedai gambar MZ FOTO, Seberang Takir. gambar pasport, 4 keping RM5.00. Siap selalu. Keterangan lanjut, hubungi saya; 0139212423
ReplyDelete