Wednesday, January 4, 2012

Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Penempatan kepada Guru Kontrak MBMMBI

KUALA TERENGGANU - Seramai enam belas daripada lapan belas pesara guru menerima surat penempatan daripada En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah hari ni. Pesara-pesara guru ini yang merupakan bekas guru dan pensyarah yang berlatarbelakangkan opsyen dan pengalaman mengajar Bahasa Inggeris. Mereka telah dipilih dan dilantik oleh KPM sebagai Guru Kontrak untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai usaha KPM menjayakan dasar MBMMBI.

Sebahagian mereka sebelum ini telah dilantik sebagai Guru Kontrak dan perkhidmatan mereka disambung lagi pada tahun ini kecuali mereka yang tidak berminat atau menghadapi masalah kesihatan serius. En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah telah memberi taklimat mengenai Kaedah dan Tatacara Pelaksanaan Guru Kontrak kepada semua guru berkenaan yang hadir. Walaupun mereka sebagai Guru Kontrak mereka juga terikat dengan peraturan perjawatan yang telah ditetapkan oleh KPM.

En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dalam ucapannya beliau merakamkan penghargaan kepada Guru Kontrak yang memberi sumbangan pada tahun lepas kepada keterbilangan pendidikan negeri Terengganu. Menurut beliau keterbilangan Terengganu sudah lama terserlah "kehebatannya" dan untuk meneruskan legasi kehebatan atau "power" ialah  bukan lagi sekadar ilmu tetapi tindakan, dayausaha yang dilaksanakan. Begitu juga jika para Guru Kontrak dapat melaksanakan usaha dan tindakan hebat maka pasti kejayaan besar akan dicapai kepada dasar MBMMBI. Beliau juga mengingatkan Guru Kontrak bahawa makna yang paling besar dalam natijah pendidikan bukan sekadar menguasai kemahiran tetapi membina nilai jati bangsa kita, umat kita.


Senarai Guru Kontrak.KLIK

No comments:

Post a Comment