Thursday, January 26, 2012

Mesyuarat Pengurusan Data DOSR Dan Penyelarasan Perjawatan 2012

KUANTAN - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Data Operasi Sekolah Rendah (DOSR) dan Penyelarasan Perjawatan 2012 di Citiview, Kuantan Pahang, mulai 25 - 27 Januari 2012. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua Unit Sekolah Rendah, Ketua Unit Prasekolah, Pegawai dari JPN dan Penyelia Kanan PPD seluruh negeri.

Mesyuarat ini adalah penting bagi meneliti dan mengesahkan kedudukan data selepas pertukaran masuk dan keluar antara negeri dan penempatan guru baru pada 16 Januari lepas. Kedudukan guru sebenar dan ABM yang diluluskan bagi tahun 2012 akan menentukan kelebihan atau kekurangan guru seluruh negeri.

Sementara itu Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani bin Sulong menegaskan mesyuarat ini juga untuk menyelaras semula perjawatan setelah pembukaan kelas dan kemasukan murid keseluruhan tahun 2012. Unit Rendah menerima banyak permohonan membuka kelas daripada sekolah seluruh negeri. Pada dasarnya dengan perjawatan dan kelas yang diluluskan pada tahun 2012 maka permohonan pembukaan akan diluluskan berdasarkan kreteria berikut:
  • adanya kelebihan guru di sekolah atau di daerah berkenaan
  • ada kelas fizikal yang mengikut saiz standard  kelas bukan mana-mana bilik yang diubahsuai
  • ada permohonan rasmi dari sekolah untuk tujuan berkenaan
  • jika permohonan pembukaan kelas banyak dan mendesak tapi kelas tiada maka persekolahan dua sidang boleh dimohon.
  • pembukaan kelas baru hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat kelulusan bertulis dari Jabatan Pelajaran Negeri
Selain dari itu, Ketua Unit Sekolah Rendah juga memaklumkan bahawa kekosongan guru besar masih belum dapat diisi kerana tiada bekalan calon daripada BPSM. Beliau sekali meminta semua Penyelia Kanan PPD menyenaraikan Guru Besar SKM, GPK dan Penyelia PPD yang berprestasi tinggi, sesuai, berkelayakan dan mencukupi lapan tahun atas DGA32 untuk dipanjangkan kepada Unit Naik Pangkat.

Berkaitan isu permohonan guru aliran perdana ke guru pendidikan khas integrasi, Ketua Unit Sekolah Rendah mengingatkan supaya tindakan dibuat dengan teliti agar tidak ada guru yang terpilih menggunakan permohonan secara tersirat untuk bertukar antara daerah atau semata-mata untuk mendapatkan elaun. Justru itu kes-kes yang melibatkan pergerakan antara daerah atau antara sekolah dalam isu guru arus perdana ke guru pendidikan khas yang boleh menjejaskan perjawatan di sekolah atau daerah mungkin tidak dipertimbangkan. Beliau juga mengingatkan Guru Besar yang menyokong sebarang permohonan pertukaran sama ada Guru Cemerlang atau Guru Pendidikan Khas atau mana-mana permohonan ,"tidak menahan" guru berkenaan apabila diluluskan kerana amalan ini sangat tidak profesiaonal.

Ketua Unit Rendah juga mengingatkan pesanan dari KPM supaya penempatan guru baru yang lepas ditempatkan dengan betul mengikut tagingnya sama ada di SK atau SJKC. Mesyuarat Redeployment akan diadakan di Duta Village, Kuantan pada 26,27 dan 28 Februari 2012. Pada masa dan tempat yang sama Kursus Profesional Guru Baru Penempatan  16 Jan 2012 juga akan diadakan.

Sementara itu mengikut En. Zuki Ariffin, Pegawai Eksukutif Kanan, Jabatan Pelajaran Negeri mana-mana sekolah yang diluluskan perjawatan Anggota Kakitangan Sokongan (AKS) tapi masih belum diisi, pihak jabatan akan membuat pengisian segera apabila menerima bekalan dari KPM dari masa ke semasa.



No comments:

Post a Comment