Tuesday, January 10, 2012

Pemantauan Kemasukan Awal Murid Ke Sekolah

Semalam, Penyelia Pengurusan Murid bersama Penyelia Kanan SJKC Unit Rendah telah mengadakan lawatan dan pemantauan Murid Masuk Awal bagi tahun 2012.Murid berkenaan ialah adik Sharifah Nur Mastura binti Syed Zeffri yang telah didaftarkan penempatannya di SK Seberang Takir dan adik Fong Jia Qi di SJKC Chung Hwa Wei Sin Kuala Terengganu.Murid berkenaan telah berjaya melepasi ujian kelonggaran syarat masuk awal seperti mana rujukan pekeliling KPM.

Murid berkenaan akan dipantau dari masa ke semasa bagi memastikan tahap pencapaiannya dalam bidang kognitif,efektif dan psikomotor terus berkembang seiring dengan usianya yang sebaya dengan rakan-rakannya yang sedang belajar di tahun 1 mengikut kohort umur yang ditetapkan oleh KPM, disamping memberi pendidikan yang seimbang dalam aspek jasmani,rohani,emosi dan intelektual dalam falsafah pendidikan Negara.Permohonan bagi Kelonggaran Syarat Murid Masuk Awal adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KPM, antaranya:

ž  Rujuk Pekeliling :KP(BS/PSR)8502/03/005/Jid.22 (10) Bertarikh 5 Mac 2003 Perihal :
ž  Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1
q  Permohonan kemasukan bagi kanak-kanak yang belum mencapai umur 6 tahun
q  Lahir dari : 2 hingga 15 Januari   (berumur 6 tahun pada tarikh tersebut)
q  Anak warganegara Malaysia sahaja
q  Telah menghadiri Kelas Tadika / Prasekolah
q  Mencapai Tahap Yang Munasabah dari segi “mental dan reading age ”
q  Terdapat Kekosongan Tempat di Sekolah Yang Di Pohon
q  Pertimbangan Permohonan adalah Berdasarkan Merit ‘ case by case ‘
q  Murid Tidak Dibenarkan Berada Di Kelas Tahun Satu Sebelum Mendapat Kelulusan
q  Menghadiri Temuduga dan Ujian  Pengesanan Tahap Penguasaan Kemahiran
q  Diperakukan dan mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia
q  Surat Permohonan dari Ibu bapa / Penjaga ( Sertakan ) dan mengisi borang permohonan ;
-       Salinan Sijil Lahir yang diakui sah
-       Laporan Kemajuan Tadika
-       Surat Pengesahan Pengetua Tadika
-       Salinan kad pengenalan ibubapa/ penjaga

Maklumat lanjut, sila hubungi Unit Rendah, SPS JPNT.Talian : 09-6213110 ( En Wahab Mohamad )

No comments:

Post a Comment