Monday, January 9, 2012

Permata Pintar UKM 2012

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar,
Negeri Terengganu


PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA pintar UKM  PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

 1.        Sukacita dimaklumkan bahawa Program PERMATA Pintar UKM telah dilaksanakan semenjak tahun 2009 lagi yang dinaungi oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia.Ianya merupakan usaha murni  pihak kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi seawal usia kanak-kanak lagi.Namun begitu, pelaksanaan dan penyertaan pelajar/ murid di sekolah-sekolah di Negeri Terengganu bagi program ini masih lagi berkurangan.Oleh yang demikian,menjadi harapan pihak jabatan agar pihak tuan dapat melaksanakan program ini secara bersungguh-sungguh dalam  usaha melahirkan pelajar/ murid pintar,cemerlang, gemilang dan  terbilang dimasa akan datang.Ke arah Pendidikan Terbilang`Terengganu Anjung Ilmu`

2.         Bersama ini disertakan jadual ujian saringan bagi Program PERMATA pintar UKM:

Nama Ujian
Tarikh/Bulan
Tempat
Tindakan
Ujian Saringan Permata Pintar UKM1
1 Feb hingga 30 April 2012
Sek masing-masing
Guru ICT,Guru Besar dan Pengetua
Ujian Saringan Permata Pintar UKM2
Jun hingga Ogos 2012 ( secara berperingkat-peringkat )
Pusat ujian akan dimaklumkan
JPNT,UKM,KPM
Program Perkhemahan Cuti Sekolah Permata Pintar
Cuti Akhir Tahun
( Nov – Dis 2012 )
UKM,BANGI
JPNT,UKM,KPM
Ujian Permata Pintar UKM3
Cuti Akhir Tahun
( Nov – Dis 2012 )
UKM,BANGI
JPNT,UKM,KPM


 3.        Maklumat lanjut, sila layari http://www.permatapintar.edu.my.
Sebarang kemusykilan berhubung perkara ini sila hubungi En Hamid bin Yahya ( 09-6213032 /019-9803189 ) atau  Tuan Haji Zam zam bin Mohamad@Jusoh ( 09-6213110 / 0199493563).Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

16 comments:

  1. where is the quiz

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...sya nk carik...mane ujian saringan untuk murid tahun 3 hingga tahun 6...

    ReplyDelete
  3. ukm 2 kan katanya dari jun hingga ogos, tapi mana

    ReplyDelete
  4. saya tidak dapat menyertai program ini.Kalau ikutkan saya ni pelajar pandai.

    ReplyDelete
  5. saya ada satu kawan dia mula-mula dapat masuk program ini , tetapi dia punya nombor kad pengenalan tertukar , apakah respons kamu

    ReplyDelete
  6. jika kita ada tersenarai didalam ini , dan jika kita tidak membuatnya apakah yang berlaku?

    ReplyDelete
  7. permata pintar tiada yang tentang agama?

    ReplyDelete
  8. SAYA NAK MENYERTAI PROGAM INI LAGI.KALAU NAK DIIKUTKAN SAYA NI PANDAI ORANGNYA.

    ReplyDelete
  9. knpe ikan ade 5 je?? npe wrne sme?? tpi gempak laaah.. terbaekk!!!

    ReplyDelete
  10. this is good to study

    ReplyDelete
  11. adakah sekolah permata pintar lebih baik dr SBP??

    ReplyDelete
  12. sekolah aq lg bagus..

    ReplyDelete
  13. my school is better than this school

    ReplyDelete
  14. ada tak soalan tahun 5 dalam ni dan kat mana

    ReplyDelete
  15. i want to enter this but how??!

    ReplyDelete