KUALA TERENGGANU - Tahniah kepada Guru Besar yang memohon atau diarahkan bertukar dan GPK yang bertukar dan diberi tawaran naik pangkat pada 16 Januari 2012. Beberapa jawatan Guru Besar masih belum dapat diisi kerana jabatan masih belum menerima senarai calon dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Justru itu kita berharap GPK Pentadbiran sekolah-sekolah terbabit dapat melaksanakan tugas pengurusan dengan baik melalui bantuan GPK lain dan Pembantu Tadbir sekolah. Lagipun ini mungkin satu orientasi kepada mereka memperolehi pengalaman sebagai pengurus sekolah.
Jabatan Pelajaran Negeri berharap melalui "job rotation" Guru Besar dan juga GPK dapat mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Selaras dengan "exit policy" dalam SBPA kita berharap semua Guru Besar dan GPK tidak tersenarai sebagai calon "exit policy" bahkan perlu sentiasa melonjak tinggi. Kita amat yakin bagi "the great leader" mereka tidak ada masalah bergerak ke sekolah manapun dan pasti akan melakukan perubahan dan pembaharuan.
Surat-surat pertukaran setara Guru Besar dan GPK boleh diperolehi melalui PPD masing-masing dan GPK tawaran baru telah dipanggil ke jabatan untuk taklimat khas dan penerimaan penawaran berkenaan pada petang tadi. Tahniah dan selamat bertugas.
Senarai lengkap pertukaran Guru Besar dan GPK , klik DI SINI dan DI SINI
No comments:
Post a Comment