Menurut Ketua Unit, Sekolah Menengah, En. Ibrahim bin Ismail yang dihubungi USR Blogger Team hari ini memaklumkan bahawa pembukaan sekolah ini telah diputuskan dalam mesyuarat beberapa minggu lepas dan hari ini adalah hari pendaftaran murid di sekolah berkenaan. Kami juga ingin merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada En. Zaidon@Mohamad bin Abu, Guru SK Bukit Tumbuh yang telah sudi menghantar gambar SMK Jeram kepada kami.
Tahniah kami ucapkan kepada semua penduduk dan semua warga SMK Jeram. Semoga SMK Jeram suatu hari nanti menjadi salah sebuah sekolah terbilang di negeri kita Terengganu Anjung Ilmu.

No comments:
Post a Comment