Friday, March 4, 2011

Bagaimana Guru Besar boleh "memerintah" sekolah dengan hebat ?


" Sebuah negara yang rajanya tidak mahu memerintah,negaranya tidak akan maju dan sesebuah negara yang ramai rakyatnya mahu menjadi raja,negara itu akan huru-hara".Bagaimana nak memerintah sekolah dengan hebat ?

Itu adalah antara petikan terakhir dalam tulisan saya terdahulu (di sini ). Persoalan di hujung frasa itulah yang akan kita bincangkan kali ini. Barangkali pendekatan paling mudah sebagai petunjuk bagi melihat seseorang Guru Besar "memerintah" atau mengurus sekolah dengan hebat ialah mengukur pencapaiannya,mengukur pencapaian sekolahnya. Apakah pencapaian sekolah Kluster Kecemerlangan,Sekolah Berprestasi Tinggi,Sekolah Harapan Negara,Anugerah New Deals dan sewaktu dengannya cukup sebagai bukti mutlak kehebatan Guru Besar memgurus sekolahnya? Dan sekolah yang tidak banyak semua A dalam peperiksaan awam sebagai petunjuk yang lemah ? Atau bagaimana ?

Kita sering mendengar atau terbaca keresahan kalangan guru yang sekolahnya menerima anugerah New Deals,Guru Besar mahu "mencukai" sedikit hadiah yang guru terima. Kita mungkin terdengar dan terbaca kerisauan guru baru yang tidak dibuat pengesahan jawatan walaupun perkhidmatannya sudah menjangkau tiga tahun lebih. Kita juga barangkali pernah mendengar Guru Besar membiarkan guru atau kakitangan sokongan "bebas" tanpa kawalan. Apa lagi banyak kes yang kita dengar Guru Besar tidak sebulu dengan Guru Penolong Kanan dan bermacam-macam lagi.....

Berdasarkan pengalaman,pembacaan dan pemerhatian saya selalu bertanya hebatkah seorang pemimpin atau Guru Besar kalau inginkan kejayaan menindas dan menekan anak buahnya ? Hebatkah Guru Besar membiar dan menyerah bulat-bulat kerjabuatnya kepada orang lain ? Hebatkah kalau hanya tahu mengarah tapi tidak tahu memimpin ? Justru itu pada pandangan saya Guru Besar yang "memerintah" sekolah dengan hebat ialah:
  1. Sedar dan tahu bahawa tugasnya adalah "amanah" yang wajib dilaksanakan dengan penuh dedikasi,integriti,telus dan adil
  2. Sentiasa berupaya memberi kepuasan kepada setiap "pelanggan" dengan memberi serta menyediakan perkhidmatan terbaik
  3. Sentiasa menyanyangi dan menghargai anak buah dan stafnya sebagai aset dan sumber utama membantunya membangunkan kecemerlangan organisasinya
  4. Sentiasa sedia memberi motivasi dan sokongan untuk staf dan kakitangannya menghasilkan produktiviti berkualiti tinggi
  5. Sedia rela secara telus berkongsi setiap kejayaan dan kegagalan organisasi bersama pasukannya
  6. Sentiasa perihatin dari isu-isu kecil hingga sebesar-besarnya dan kesediaan menyelesaikannya dengan segera dan pantas
  7. Sentiasa menunjukan contoh dan amalan terbaik serta konsisten melakukannya
  8. Tidak kedekut - wang ringgit,idea,tunjuk ajar,perhatian dan sebagainya
  9. Tegas,bermotivasi,berpengetahuan .....
  10. Visi yang jelas,kaedah yang tersusun dan dikongsi dengan semua .
Saya percaya banyak lagi tips bagi menjadikan Guru Besar mampu memimpin sekolah dengan hebat dan kunci kepada kehebatan itu ialah "KEPUASAN AHLI ORGANISASI".Kepuasan itu akan memberi impak untuk setiap ahli organisasi melaksanakan visi secara sedar bersengaja dan melonjakkan pencapaian setiap dimensi kecemerlangan sekolah dengan penuh keseronokan,keghairahan dan semangat membara di dalam jiwa..

Dan saya amat yakin mereka yakni pemimpin atau Guru Besar yang menerima amanah sebagai sambil lewa akan sentiasa diburu "ketakutan dan kecemasan" sepanjang masa dan alangkah malangnya kerana "dipanggang" oleh jawatannya sendiri. Apakah ertinya hidup demikian rupa ????


No comments:

Post a Comment