" Saya kira ini majlis rasmi saya sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan tuan-tuan dari Sektor Pengurusan Sekolah",demikian antara mukadimah ucapan Yang Berbahagia,Tuan Haji Salleh bin Busu yang dilantik secara rasmi pada 24 Februari 2011 sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sewaktu menyampaikan ucap utama dan perasmian Kursus Team Building Approach anjuran bersama Sektor Pengurusan Sekolah dengan Akademi Pimpinan Masyarakat Terengganu di Langkasuka Hotel , Langkawi,Kedah.
Kursus yang bukan sahaja melibatkan pegawai dan staf Sektor Pengurusan Sekolah tetapi juga pegawai dan staf di PPD serta pegawai dari sektor lain yang turut terlibat dan memberi sumbangan dalam urusan kerjabuat Sektor Pengurusan Sekolah seperti pertukaran dan penempatan murid-guru,perjawatan , naik pangkat dan lain-lain lagi. Kursus yang bermula hari ini sehingga hari Ahad ini juga bertujuan mengukuhkan hubungan serta kerja berpasukan antara rakan dalam dan luar Sektor Pengurusan Sekolah
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri juga dalam ucap utama beliau juga menyentuh isu guru baru yang sering diperkatakan hingga ke peringkat tertinggi mengenai sikap dan komitmen mereka dalam pendidikan. Selain itu masalah pengurusan dan kepimpinan sekolah juga antara isu yang dikaitkan dengan kecemerlangan sekolah.Beliau berkongsi pengalaman sewaktu berada di SK Ulu Lubai,Serawak yang begitu teruja dengan kepimpinan guru besarnya yang berjaya membawa SK Ulu Lubai yang jauh di pedalaman meraih anugerah Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi serta anugerah lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Beliau berharap pegawai-pegawai di Sektor Pengurusan Sekolah dan juga PPD khususnya dapat menjadi pegawai yang cemerlang dan membangun organisasi melalui matlamat kerja yang jelas,berintegriti,sentiasa menambah ilmu,bekerja secara berpasukan,berkomunikasi dengan berkesan dan sebagainya.Antara lain kata beliau;
' Di dalam Islam kita diajar dan digalakkan sembahyang secara berjemaah dan ini melambangkan penting kerja secara berpasukan"
Sebelum itu Yang Berusaha En.Zakariah Ali,Ketua Sektor,Pengurusan Sekolah dalam ucapan aluannya merakamkan setinggi penghargaan kepada Timbalan Pengarah yang sudi hadir ke program anjuran Sektor Pengjurusan Sekolah dan juga kepada semua pegawai sektor dan pegawai yang berurusan dan membantu Sektor Pengurusan Sekolah.
Kita berharap semua peserta dapat mengambil peluang dan manafaat dari kursus ini untuk pembangunan diri dan organisasi agar outcome daripada kerjabuat kita berkualiti dan berstandard tinggi. Setinggi penghargaan kepada APMT yang turut menyokong dan merealisasikan harapan kita "Melestarikan Pendidikan Terbilang" dan menjadikan "Terengganu Anjung Ilmu".
Selamat Berkursus
No comments:
Post a Comment