Semua pegawai yang terlibat dengan urusan perjawatan guru sekolah rendah telah dijemput agar nanti tidak ada keciciran dalam apa jua perjawatan guru yang sepatut ada di semua sekolah pada tahun 2012.Asas kepada penyelarasan ini adalah data-data yang disedia dan diunjur oleh sekolah-sekolah sebelum ini. Taklimat penyediaan data telah diadakan kepada semua guru besar di setiap daerah pada minggu lepas.
Sepanjang mesyuarat dan bengkel ini data permohonan perjawatan 2012 disemak dan diperbetulkan. Walaupun taklimat telah diberikan tetapi masih terdapat sekolah yang tidak mematuhi prosidur penyediaan data dengan mengubah format borang atau juga formula sedia ada hingga menyukarkan proses penggabungan di peringkat daerah dan negeri.
Walau bagaimanapun kita berharap cadangan perjawatan ini dapat dikemukakan kepada Unit Perjawatan,BPSM dan mendapat kelulusan. Semoga tidak ada sekolah yang menghadapi masalah perjawatan guru pada tahun 2012.
No comments:
Post a Comment