Sunday, March 20, 2011

Tahniah ! Lagi Guru Besar terima kenaikan pangkat DG44(KUP)

Hari ini dua orang lagi Guru Besar menerima kenaikan pangkat ke gred DG44(KUP) menjadikan jumlah keseluruhan Guru Besar Gred DG44(KUP) negeri Terengganu seramai 14 orang. Mereka yang menerima surat dari Ketua Unit Sekolah Rendah pada hari ini ialah Tuan Haji Mohd Sidek bin Besar,Guru Besar SK Padang Hiliran,Kuala Terengganu dan Tuan Haji Alias bin Ismail,Guru Besar,SK Bukit Gasing,Marang,Terengganu.

Majlis ringkas penyerahan surat kenaikan pangkat itu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Alamada,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan disaksikan oleh beberapa pegawai dari Unit Pengurusan Sekolah Rendah. Tahniah kita ucapkan kepada dua sahabat Guru Besar ini. Semoga dengan ilmu,pangkat dan amanah yang semakin besar mereka berdua terus tegar dan perkasa "Merealisasikan Pendidikan Terbilang" khususnya di sekolah masing-masing.


No comments:

Post a Comment