Saturday, March 26, 2011

Visi dan Misi (VIMI) Sektor Pengurusan Sekolah

Sesuai dengan perubahan yang berlaku dalam kepimpinan Pengurusan |Jabatan Pelajaran Negeri amnya dan Sektor Pengurusan Sekolah khasnya maka En. Zakariah bin Ali,Ketua Sektor,Sektor Pengurusan Sekolah telah membawa Visi dan Misi baru Sektor Pengurusan Sekolah dalam pembentangan kertas kerja beliau dalam Kusrsus Team Building Approach di Langkasuka Hotel, Langkawi pada pagi ini.

"Sektor Pengurusan Sekolah memerlukan Visi dan Misi (VIMI) baru yang selari dengan visi dan misi serta slogan baru jabatan",tambah beliau. Beliau berharap dengan VIMI baru,\ Sektor Pengurusan Sekolah dan organisasi yang bersangkutan dapat menentukan halatuju dengan jelas dan berkesan.

Visi Sektor Pengurusan Sekolah


”Sektor Pengurusan  Sekolah Terbilang Menjelang 2015”

Misi Sektor Pengurusan Sekolah


Merancang,melaksana,memantau,menilai dan menambahbaik strategi rancangan dan tindakan Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Moto  Sektor Pengurusan Sekolah
  • S = Sepakat
  • P = Pasti
  • S = Sukses 
Sepakat - SE adalah istilah Terengganu yang bermaksud Satu,Kesungguhan (Sesungguhnya),Tuju Se dan Lihat Se ( Langkah kaki sepasang dan mata sepasang diselaraskan kesepakatan ke suatu destinasi). Sepakat memberi makna yang mendalam dan menyeluruh juga kunci kejayaan sesuatu organisasi dengan menyatukan segala perbezaan kepada satu hasrat dan matlamat. Sementara Sukses adalah menifestasi kejayaan dan kecemerlang yang digapai setelah melalui proses tindakbuat yang hebat bersama.


Ketua Sektor Pengurusan Sekolah juga mahu kegemilangan yang ingin digapai di semua peringkat Sektor Pengurusan Sekolah,Unit dan PPD dan juga sekolah. Beliau juga menegaskan semua orang dari Ketua Sektor sampai Pembantu Am Pejabat adalah penting. Begitu juga di sekolah semua ahli organisasi sekolah juga amat penting. Merekalah adalah sumber dan aset kecemerlangan organisasi. Selain dari itu,beliau juga mahu bahawa segala pelaksanaan program di peringkat sekolah harus dan semesti dibudayakan kepada sumber Al-Quran,hadis,suara hati,nawaitu,keyakinan dan kepercayaan. Contoh jika kita laksanakan Program Keceriaan dan Kebersihan justifikasi yang harus ditekankan kerana amalan bersih ini dituntut oleh Islam oleh Nabi. Begitu juga jika kita laksanakan Program Senyum mesti dikaitkan bahawa senyum itu dituntut agama dan merupakan sedekah. Sekurang-kurangnya melalui pendekatan itu melatih murid bersifat ikhlas selaian memperolehi kebaikan dunia dan akhirat.

Beliau juga mengingatkan kepada semua pegawai agar sentiasa menimba ilmu,kemahiran dan sentiasa membina sikap positif kerana 80% kejayaan organisasi ditentukan oleh sikap ahli organisasi itu sendiri. Selain itu setiap ahli organisasi sentiasa dan perlu menyokong program kebajikan ahli sebagai salah satu sumber dan strategi kekuatan organisasi .  Beliau berharap semua pegawai pelajaran dan guru-guru Terengganu dapat menjadi ahli Badan Kebajikan Pendidikan Terengganu (BAKEP).

No comments:

Post a Comment