Tuesday, March 8, 2011

Siapa hendak mengajar di SK Pulau Redang ????

Siapa hendak mengajar di SK Pulau Redang ??? Di mana tu ??? Oh lupa,SK Pulau Redang terletak dalam daerah PPD Kuala Terengganu.Terletak di laut Cina Selatan.Pulau Redang yang boleh dihubungi melalui feri dari Jeti Shahbandar,Kuala Terengganu atau Jeti Merang,Setiu atau melalui penerbangan Berjaya Air adalah antara lima pulau tercantik di Malaysia.Pulau yang berkeluasan 1087 hektar ini dihuni oleh 1453 orang penduduk.Terdapat Taman Laut dan pulau-pulau peranginan di sekeliling...

SK Pulau Redang mempunyai 252 orang murid dengan kelulusan perjawatan 22 orang guru. SK Pulau Redang dikategori sebagai Sekolah Pedalaman 1 di mana setiap guru dibayar Elaun Pedalaman RM500 sebulan.Cola atau Elaun Sara Hidup RM200.00 serta kemudahan rumah guru dengan bekalan elektrik dan air paip duapuluh empat jam.

Kami mempelawa TAWARAN TERBUKA SEGERA mana-mana guru terlatih opsyen Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dalam  negeri Terengganu yang ingin berkhidmat di SK Pulau Redang ,Kuala Terengganu boleh menghubungi Penolong Pengarah Guru,Unit Rendah melalui talian atau email seperti dibawah blog ini  dengan menyertakan nama,no.kp,gred,opsyen dan sekolah tempat bertugas dengan segera.

Siapa yang mohon dahulu akan diberi keutamaan.

5 ulasan:

BUNGA said...
This comment has been removed by the author.
admin said...

Sila email kpd kami nama,sekolah sekarang,opsyen,gred dengan segera di unitrendahspsjpnt@gmail.com

BUNGA said...
This comment has been removed by the author.
admin said...

Anda tidak layak kerana mengikut Perjanjian LPBSJ-Qaf atau apa-apa program LPBS pada Fasal 1 (b) yang berbunyi lebih kurang " apabila tamat latihan dalam masa dua belas jika dikehendaki oleh kerajaan mereka boleh dilantik sebagai pegawai perkhidmatan pedidikan dan mesti berada selama 36 bulan di sekolah sama sewaktu menjalani latihan". Bermakna anda hanya layak mohon tukar selepas 36 bulan berada di sekolah itu dan tidak semestinya diluluskan.

Kami harap anda faham dan tahu kedudukan anda. Tq

khairuddin said...

saya opsyen prasekolah, berhidmat di SK telahak limbang, baru tahun pertama mengajar di limbang. boleh ke saya apply

Post a Comment