Wednesday, March 2, 2011

Arahan Mengemaskini Maklumat Guru melalui Laman Web e-Operasi


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Siaran tentang Pertukaran Guru Antara Negeri, Dalam Negeri dan antara Daerah sesi Jun 2011. Lanjutan daripada itu, semua Guru Besar dan Pengetua sekolah rendah dan menengah di negeri Terengganu diminta mengambil tindakan mengemaskini maklumat guru melalui laman web e-Operasi (Lihat sebelah kiri blog ini dalam ruang Aplikasi Online). Laman web ini boleh juga  dipaut melalui laman web e-GTukar, iaitu:-

i.              http://www.moe.gov.my    atau
ii.             http://apps.moe.gov.my/epgo
 
Semua pihak pengurusan sekolah diminta untuk melaksanakan proses pengemaskinian ini bermula pada 1 hingga 27 Mac 2011. Sila guna  Id,Katalaluan dan No.KP Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk memasuki sistem e-Operasi.Kerjasama Guru Data Sekolah boleh dimanfaatkan untuk melicinkan urusan ini. Surat arahan daripada jabatan berkait perkara ini akan dihantar ke semua sekolah dalam masa terdekat.


No comments:

Post a Comment