Wednesday, March 23, 2011

Makluman Perkabungan Atas Kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah

Semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri/ Persekutuan dan Badan-Badang Berkanun di dalam negeri Terengganu dikehendaki menghormati perkabungan atas kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah, D.K., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Selangor) binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj selama 40 hari  bermula 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011 dengan memakai:
  1. Bagi pegawai dan kakitangan Lelaki Melayu,memakai songkok berlilit kain putih berukuran 1 inci;
  2. Bagi pegawai dan kakitangan Wanita Melayu,berselendang/kain tudung berwarna putih;
  3. Bagi pegawai dan kakitangan Bangsa lain,bertali leher hitam atau lilitan lengan hitam(armband) di sebelah kanan (bagi lelaki) dan lilitan lengan hitam (armband) bagi wanita;
  4. Bagi Polis dan Tentera menurut cara pemakaian yang telah ditetapkan oleh peraturan masing-masing.
                                         .... SUK.TR.(S) 490/1/2-(12) bertarikh 22 Mac 2011

Sementara bagi pengibaran bendera pula ,semua Bendera Negeri dan lain-lain Bendera kecuali Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di Jabatan-Jabatan dan Bangunan-Bangunan Kerajaan Negeri,Persekutuan,Badan-Badan Berkanun serta Pihak Penguasa Tempatan,Bangunan-Bangunan Perniagaan,Perusahaan dan Kediaman hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang mulai 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011 iaitu tempoh 40 hari perkabungan

   .... SUK.TR.(S) 490/1/2-(13) bertarikh 22 Mac 2011

No comments:

Post a Comment