Thursday, March 31, 2011

Bersama sahabat-sahabat MGB Daerah Rembau,Negeri Sembilan

Semalam dari jam 8.30 hingga 10.30 malam saya berkesempatan bersama-sama sahabat-sahabat MGB Daerah Rembau di Hotel Seri Malaysia,Kuala Terengganu. Rombongan MGB Rembau dalam rangka lawatan penanda aras di negeri Terengganu. Rombongan MGB Rembau terdiri dari 30 orang ahli dan turut disertai Pn.Mashitah,Penyelia Kanan,PPD Rembau. Mengikut Pengerusi MGB Rembau mereka pada hari semalan berkesempatan melawat SK Medan Jaya,Marang..

Semalam saya diundang dalam wacana perkongsian pengalaman pengurusan,peranan MGB  Terengganu dan juga Program Lonjakan Kecemerlangan Pendidikan Terengganu. Sebagai bekas Guru Besar lebih dari sepuluh tahun banyak pengalaman bermanafaat yang boleh dikongsikan. Apalagi sewaktu pecutan Kecemerlangan Pendidikan Rendah Terengganu dimulakan saya baru menjawat jawatan Guru Besar di SK Pasir Puteh,Merchang dan rekod cemerlang UPSR yang dijana di zaman saya melalui Auditan Hasil Berteraskan OTI hingga kini saya kira masih belum dipecahkan..

Rakan-rakan MGB Rembau nampak begitu teruja dengan Program Kecemerlangan Pendidikan Terengganu yang telah menjadi "budaya" dalam pentadbiran dan rakyat Terengganu. Mereka juga bertanyakan peranan dan kedudukan MGB Terengganu dan saya selaku penolong pegawai meja MGB Terengganu menceritakan akan akramnya hubungan MGB Terengganu dengan pengurusan JPN Terengganu serta peranan penting yang MGB Terengganu di bawah pimpinan Tuan Haji Yusof Karim dapat sumbangkan kepada kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu.

Kita berharap sahabat-sahabat MGB Rembau dapat sedikit sebanyak manafaat melalui lawatan penanda arasan mereka dan semoga ikatan dan networking yang terjalin antara MGB Rembau dengan sekolah-sekolah yang dilawati berkekalan. Terima kasih sahabat-sahabat MGB Rembau kerana memilih Terengganu Anjung Ilmu sebagai destinasi.



No comments:

Post a Comment