Langkah ini dilaksanakan bagi mengatasi ketidakcukupan guru Pendidikan Khas Integrasi di sekolah yang telah diluluskan pembukaan kelas berkenaan pada tahun 2011 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan kedudukan lebihan guru yang ketara di Terengganu terutama bagi setengah opsyen seperti Bahasa Malaysia dan Pendidikan Islam maka pihak KPM membenarkan pihak jabatan melaksanakan langkah strategik mengatasi masalah berkaitan supaya kelas dapat beroperasi dan murid yang berkeperluan pendidikan khas dapat belajar dengan sempurna. Sebarang pertambahan jawatan baru sememangnya tidak ada apatah lagi guru yang ada berlebihan.
Sektor Pendidikan Khas dan Swasta,Sektor Pendidikan Islam dan Sektor Pengurusan Sekolah telah mengambil langkah segera mengenalpasti guru pelbagai opsyen yang ada ilmu dan pengetahuan dalam bidang pendidikan khas. Maka dua puluh tiga orang mereka yang telah tamat pengajian di OUM dalam bidang berkaitan dikenalpasti dan dibuat penempatan semula bagi mengajar di sekolah yang membuka kelas pendidikan khas. Opsyen asal guru berkenaan sebagaimana berikut:
- Prasekolah - 3 orang
- P.Melayu - 11 orang
- PAI - 5 orang
- PJK - 1 orang
- AM - 1 orang
- Muzik - 1 orang
- Pemulihan - 1 orang
- Kelas yang diluluskan oleh kementerian telah dirancang dan dibentang kepada kementeriaan pada tahun 2010 dan kelas itu untuk memberi peluang kepada murid yang berkeperluan khas mendapat pendidikan sempurna. Jika kelas ini tidak dibuka pihak Naziran Perjawatan KPM boleh mengenakan tindakan atau menarik balik kelulusan pada masa-masa akan datang.
- Guru-guru berkaitan dapat sambung ke OUM untuk mendapat ijazah kerana atas program pendidikan khas oleh itu mereka ditempatkan di sekolah atau kelas yang memerlukan khidmat,pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang terbabit dan kebanyakan sekolah dalam daerah yang sama
- Surat penempatan semula itu adalah surat "arahan" bukannya "tawaran". Mereka yang ingkar arahan selagi arahan tidak bertentangan dengan sumber kuasa,pekeliling dan agama boleh dikenakan tindakan tatatertib
- Selain itu melalui proses ini kita dapat mengurangkan jumlah guru berlebihan dalam opsyen tertentu dan memberi peluang kepada guru anak negeri untuk kembali berkhidmat dalam negeri
- JPN dengan tegas mengambil tindakan tatatertib bagi semua kes ingkar arahan tanpa alasan dan sebab munasah
- KPM dan OUM hanya meluluskan permohonan menyambung pelajaran mengikut bidang keperluan dan mandatorikan, wajib mengajar subjek berkaitan
- KPM mewajibkan pelaksanaan redeployment ke negeri lain bagi guru-guru yang berlebihan opsyen berkenaan kerana banyak lagi negeri yang tidak cukup opsyen guru berkaitan
- SPP tidak akan melantik guru-guru lepasan ijazah pertama jika mereka tidak mengajar subjek atau bidang yang mereka perolehi dari ijazah tersebut
No comments:
Post a Comment