Thursday, March 31, 2011

Mesyuarat Persediaan Kemasukan Murid Berumur 5 + Tahun ke Tahun Satu 2015


Sektor Pengurusan sekolah JPN Terengganu mula menyusun tindakan ke atas satu agenda besar negara. Selaras dengan arahan daripada Sektor Dasar Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, satu mesyuarat menggerakkan tindakan di peringkat PPD diadakan pada hari ini, bertempat di Bilik Mesyuarat Alamanda JPN Terengganu.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Terengganu . Agenda besar yang dimaksudkan ialah kemasukan murid-murid berumur 5 tahun ke atas ke tahun satu bermula pada 2015. Unit Pengurusan Sekolah dan Unit Pembangunan di semua PPD turut terlibat dalam mesyarat hari ini. 

Tujuan utama ialah untuk mengesahkan data semasa fizikal bilik darjah di semua sekolah rendah di negeri Terengganu. Pengesahan status kesediaan bilik darjah ini amat penting bagi tujuan menampung gelombang limpahan murid-murid tahun satu pada tahun 2015 nanti. Ini kerana pada tahun itu, dua kumpulan kohort umur kanak-kanak akan melangkah masuk ke tahun satu. Bagi memastikan kesediaan sekolah menampung limpahan pelajar pada tahun itu, pegawai  di semua PPD diminta membuat pemantauan dan pengesahan awal data bilik darjah sedia ada. 

Catatan:
En. Kamal bin  Abdullah
Penolong Pengarah Guru
Unit Sekolah Rendah

No comments:

Post a Comment